Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF: ABANG ADIK MINAT GOLF

Cita-cita mahu jadi macam Tiger Woods

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



KENIKMATAN merasakan pencapaian sendiri menjadi daya tarikan bagi Aiman Haqeem Mohammad Faizal dan adiknya, Aariz Hannan Mohammad Faizal, untuk mendalami sukan golf.



Berkongsi detik apabila Aiman Haqeem mula berjinak-jinak dengan golf, pelajar Sekolah Menengah Meridian berusia 15 tahun itu berkata:



"Saya mula bermain golf pada usia lapan tahun secara biasa-biasa. Namun lama-kelamaan saya tertarik dengan golf kerana saya dapat rasakan kenikmatan pencapaian sendiri."



Dari situ, dia mula melibatkan diri secara serius dan menyertai pertandingan - pencapaian terbaiknya adalah dalam sebuah kejohanan tempatan tahun lalu, di mana dia meraih tempat ketiga - yang pertamanya sekitar usia 12 tahun.



Adiknya yang berusia 11 tahun, Aariz Hannan, turut berkongsi bahawa "kemanisan daripada bermain (golf)" membuatnya tertarik kepada sukan ini.



Pelajar Sekolah Rendah Temasek itu menjelaskan bahawa apabila dia mula bermain golf semasa usianya sekitar tujuh tahun, dia hanya "ikut-ikut" apa yang abangnya lakukan tetapi dia membuat keputusan bagi berkecimpung secara kompetitif pada sekitar usia sembilan tahun.



Menurut dua beradik ini, ia sememangnya tidak mudah mengekalkan rentak permainan secara konsisten, lebih-lebih lagi kerana mereka perlu membahagikan masa antara sekolah dengan latihan.



Aiman Haqeem menjelaskan bahawa rutin mingguan memang padat kerana waktu perlu dibahagikan antara latihan, pelajaran dan pertandingan.



"Ia amat intensif kerana bagi saya misalnya, saya berlatih tiga hari seminggu dan latihan biasanya selama dua hingga tiga jam," ujar Aariz Hannan.



Di samping itu, ada kalanya hujung minggu Aiman Haqeem juga di padang golf bagi latihan, lantas masa untuk diri sendiri atau bersama keluarga agak terhad.



Dia menambah: "Saya sudah terbiasa dengan rutin ini, jadi apa-apa masa yang ada, saya akan gunakan untuk rehat atau memanfaatkannya."



Sungguhpun demikian, mereka berdua menganggap pengalaman ini adalah salah satu cara mencekalkan minda dan berdaya tahan supaya satu hari nanti, mereka dapat mengikuti jejak lagenda golf pujaan mereka, Tiger Woods.



"Cita-cita saya kelak adalah untuk menjadi pemain profesional dengan gaya tersendiri dan menjadi contoh kepada para belia, serupa seperti Tiger Woods menjadi teladan kepada saya (dan adik saya)," ujar Aiman Haqeem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >