LIGA JUARA-JUARA EROPAH
'City akan bermain dengan lebih berani'
Pellegrini buat ikrar menjelang pertemuan separuh akhir kedua menentang Real
Apr 28, 2016 | 05:30 AM
MANCHESTER (United Kingdom): Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini berikrar pasukannya tidak akan bermain dalam ketakutan dalam pertemuan separuh akhir kedua menentang Real Madrid selepas seri 0-0 dalam pertemuan pertama kelmarin.
Tanpa Cristiano Ronaldo yang cedera, Real mencipta lebih banyak peluang jaringan, namun pemain gantian Jese sekadar melihat tandukannya mengenai palang gol.