Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

City belasah Leipzig, Liverpool benam Milan

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Juara England Manchester City menjaringkan enam gol dan Liverpool bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan AC Milan dalam malam yang penuh drama dan berjaya bagi kelab-kelab Liga Perdana England (EPL).



Paris Saint-Germain pula, yang kini menampilkan pemain azimat Lionel Messi, tidak berdaya mengutip semua tiga mata, diikat 1-1 oleh kelab kerdil Bruges, keputusan yang mencalar permulaan dalam pertandingan yang ingin dimenanginya buat julung-julung kali musim ini.



Namun tajuk berita milik anak didik Pep Guardiola, yang memperagakan ketangkasan mereka dalam perlawanan pertama dalam Liga Juara-Juara sejak tewas kepada Chelsea di final musim lalu.



Enam pemain berbeza menjaringkan gol-gol City, termasuk Jack Grealish, dalam perlawanan pertama di Eropah.



Beliau juga merintis satu peluang gol bagi pasukannya, menjadi pemain bola sepak England yang pertama berbuat demikian sejak Wayne Rooney dalam jersi Manchester United pada 2004.



Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Guardiola berkata pemainnya masih terluka kerana tewas di final musim lalu dan ingin menebus kekecewaan tersebut musim ini.



"Mereka masih berbincang tentang final tersebut," kata Guardiola.



"Musim ini, kami berazam mara lebih jauh dalam pertandingan ini."



Di Anfield pula, Liverpool bernasib malang untuk masuk ke waktu rehat dengan ketinggalan satu gol dalam perlawanan yang dikuasainya dari wisel permulaan ke akhir 90 minit.



Didorong sorakan padu penyokong sendiri, anak didik Jurgen Klopp memulakan perlawanan dengan rancak mendahului melalui rembatan Trent Alexander-Arnold yang mengena pemain lawan sebelum memasuki gawang.



Penyerang utama Mohamed Salah kemudian gagal menyempurnakan penalti dan ini bak membawa padah, selepas Milan menjaringkan dua gol dalam masa dua minit sejurus sebelum waktu rehat.



Namun, Salah menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48, sebelum kapten Jordan Henderson menjaringkan gol ketiga dan memberi kemenangan kepada pasukannya.



Bercakap dengan media selepas perlawanan berakhir, Klopp akur pasukannya terlalu memberi tumpuan kepada usaha memburu gol sehingga bersikap cuai dan melepaskan dua gol.



"Adalah jelas selepas itu, kami perlu bangkit dan terus mengasak benteng lawan dan kami berjaya menjaringkan beberapa gol yang cantik. Namun, bagi tempoh 10 minit di akhir separuh masa pertama, Milan hampir mencuri perlawanan ini," kata Klopp.



Pemain pertahanan Andy Robertson bersependapat.



"Kami bermain begitu baik bagi 30 minit pertama, tapi selepas itu menjadi cuai. Kami keluar padang dengan perasaan hampa, tapi kami bersikap bijak, bangkit dan berjaya memenangi perlawanan," ujar beliau, yang juga kapten Scotland.



Dalam pada itu, Messi memulakan kempen Liga Juara-Juara pertama dalam jersi bukan Barcelona dengan hampa.



Beliau gagal mempengaruhi perlawanan dan dilayangkan kad kuning, dalam perlawanan di mana beliau dan Neymar disekat dengan berjaya oleh lawan.



Ander Herrera membuka tirai jaringan bagi PSG, sebelum Hans Vanaken menyumbat gol penyamaan. Kededua gol dijaringkan dalam masa 30 minit pertama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >