Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City, Chelsea dan United belanja besar untuk jadi juara

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester City, yang menamatkan musim Liga Perdana England (EPL) lalu di tempat pertama dengan jurang 12 mata, telah menunjukkan bahawa mereka sekali lagi bersedia memberikan tekanan kepada pesaing mereka dengan membelanjakan £100 juta ($188 juta) untuk mendapatkan kapten Aston Villa, Jack Grealish - satu rekod baru Britain.



Bayaran tersebut melebihi £89 juta yang dibayar Manchester United untuk menandatangani semula pemain tengah Paul Pogba dari Juventus pada 2016.



Dalam pada itu, City juga telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat penyerang dan kapten Tottenham Hotspurs, Harry Kane dalam masa terdekat ini.



Sasaran City buat musim baru ini adalah untuk mempertahankan takhta mereka buat kali keempat dalam lima musim di bawah kendalian Pep Guardiola.



Dengan jendela pemindahan pemain akan tutup pada 31 Ogos nanti, kelab EPL masih mempunyai masa untuk memperkukuhkan lagi skuad mereka sebaik musim bermula.



Sementara itu, jiran terdekat City, Manchester United telah pun menandatangani pemain sayap England Jadon Sancho dan kini sedang dalam usaha mendapatkan pemain pertahanan Perancis Raphael Varane dengan harga gabungan sebanyak £107 juta.



Chelsea pula baru sahaja memecahkan rekod kelab dengan membelanjakan £97.5 juta untuk mendapatkan bekas pemainnya sendiri, Romelu Lukaku dari Inter Milan.



Manakala itu, Arsenal telah memperkukuhkan lagi benteng pertahanan mereka dengan menandatangani Ben White dari Brighton dengan harga £50 juta. Pasukan Gunners pastinya ingin memperbaiki kedudukan mereka setelah tercorot ke tangga kelapan musim lalu.



Liverpool kini boleh menarik nafas lega kerana pemain utama mereka, Virgil van Dijk dan Joe Gomez kembali bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad Jurgen Klopp setelah pulih dari kecederaan jangka panjang.



Mereka telah menambah pemain pertahanan Ibrahima Konate dari RB Leipzig dengan harga £35 juta.



Pasukan lain yang juga ingin memberikan saingan, termasuk Villa yang telah membelanjakan £83 juta untuk mendapatkan penyerang England Danny Ings, pemain midfield Argentina, Emiliano Buendia dari Norwich dan pemain sayap Leon Bailey dari Bayern Leverkusen.



Pemenang Piala FA Leicester City, yang menewaskan Manchester City dalam perlawanan Perisai Masyarakat minggu lalu, telah menambah pemain tengah Boubakary Soumare dari Lille dengan harga £17 juta.



Tottenham telah menandatangani pemain pertahanan Argentina, Cristian Romero dari Atalanta dengan harga £42.5 juta.



Pemain EPL yang telah berpindah ke kelab lain termasuk, penyerang Manchester City, Sergio Aguero yang ke Barcelona, pemain Chelsea, Olivier Giroud (AC Milan) dan pemain tengah Liverpool Georginio Wijnaldum (Paris St-Germain). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >