Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City menang mudah; Ten Hag dakwa penalti sebabkan United kecundang

Oct 30, 2023 | 03:24 PM



MANCHESTER: Kejayaan Manchester City menumpaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford menyaksikan pasukan pimpinan Erik ten Hag mengalami kekalahan kelima dalam 10 perlawanan Liga Perdana England (EPL) dan ‘rimas’ di tangga kelapan, 11 mata di belakang pendahulu liga, Tottenham Hotspur.


Kekecewaan atas kekalahan ini begitu menyengat ten Hag yang mendakwa sepakan penalti yang diberi secara kontroversi pada pertengahan separuh masa pertama mengubah haluan perlawanan hingga menyebabkan pasukannya kecundang di tangan City.

Ten Hag menambah, kekalahan di depan penyokong sendiri di Old Trafford dalam perlawanan pada Ahad itu boleh dielakkan jika pasukan lawan tidak memperoleh sepakan penalti yang kemudian diselesaikan oleh penyerang, Erling Haaland.

Beliau menambah pemainnya juga harus dipersalahkan kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang menjaringkan gol.

“Kami bermain amat baik dalam separuh masa pertama, kami bertahan dengan cemerlang. Kami ada peluang baik tetapi kami gagal merebut peluang itu.

“Kemudian sepakan penalti mengubah (haluan) perlawanan ini,” jelas pengurus asal Belanda itu.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan United gagal meneruskan rentak kemenangan selepas meraih enam mata bagi dua perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana England (EPL) sebelum ini.

Tunggak serangan City, Erling Haaland, menyumbat dua gol – yang pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-26 dan kedua melalui tandukan pada minit ke-49 – sebelum Phil Foden ‘menambah duka’ United pada minit ke-80.

Bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane, mengkritik prestasi Bruno Fernandes dan menegaskan pemain kebangsaan Portugal itu tidak layak menyandang kedudukan selaku kapten pasukan.

Keane, yang juga merupakan bekas kapten United, menjelaskan beliau ingin kedudukan itu diserahkan kepada pemain lain yang lebih menyerlah berbanding Fernandes.

Fernandes dilantik sebagai kapten pada permulaan musim EPL ini setelah pemain pertahanan United, Harry Maguire, dilucutkan daripada tugas itu.

Beliau berkata: “Selepas apa yang saya saksikan hari ini, saya akan lucutkan tugas kapten daripada Fernandes. Beliau bukannya mutu sebenar (yang diinginkan) bagi seorang kapten.

“Beliau banyak merengek, merungut... ia bertentangan dengan apa yang saya inginkan sebagai seorang kapten.”

Keane menekankan bahawa ia “satu keputusan yang besar” tetapi setelah menyaksikan kerenah tersebut berlaku sekali lagi dalam perlawanan tersebut, beliau ingin lihat tugas kapten diambil alih “100 peratus”.

Sementara itu, pengurus City, Pep Guardiola, memuji prestasi tunggak midfield pasukannya, Bernardo Silva kerana beliau memainkan peranan genting di hampir kesemua bahagian padang.

Malah, beliau menyifatkan Silva sebagai “salah satu pemain terbaik yang pernah beliau lihat”.

Bekas pemain pertahanan United, Gary Neville, berkata: “Dalam 10 minit pertama perlawanan yang agak payah untuk City, Silva tentukan rentak permainan.

“Saya rasa beliau pemain yang hebat. City barangkali dapat jaringkan empat atau lima gol.”

United bakal berhadapan dengan Fulham manakala City menentang Bournemouth dalam perlawanan seterusnya pada Sabtu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >