Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Conte tidak endahkan permintaan Costa agar diganti

Oct 17, 2016 | 08:38 AM



LONDON: Antonio Conte mendedahkan beliau mengabaikan permintaan Diego Costa agar digantikan kerana semangat penyerang itu penting, semasa Chelsea menewaskan juara bertahan yang terkial-kial, Leicester City, 3-0 di Stamford Bridge, pada Sabtu (15 Okt).



Costa menjaringkan gol ketujuhnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dalam perlawanan itu.



Pemain Sepanyol itu kemudian cuba tetapi tidak berjaya meyakinkan pengurus Conte supaya menggeluarkan beliau pada minit ke-70.



Costa bimbang diberi kad kuning kerana ia akan bermakna beliau akan digantung bagi pertembungan menentang Manchester United Ahad (23 Okt) ini, dan ingin keluar kerana Leicester kelihatan telah dapat dijinakkan.



Dia memegang dengan kuat kakinya seolah-olah kesakitan dek cedera, tetapi Conte tidak mengendahkannya.



"Jika saya boleh, saya mahu Costa terus bermain hingga akhir permainan. Costa pemain penting bagi kami," kata Conte. "Dia mempunyai semangat dan kita perlu semangat dalam setiap saat permainan."



Dua lagi gol Chelsea dijaringkan oleh Eden Hazard and Victor Moses.



Kekalahan keempat musim ini itu membuat Leicester ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.



Jumlah kekalahan itu lebih banyak daripada yang mereka alami sepanjang musim lalu dan Leicester menjadi juara Inggeris pertama kalah empat perlawanan berturut-turut sejak Blackburn Rovers mengalami nasib sama pada 1995-1996.



Jurulatih Leicester, Claudio Ranieri, mengakui beliau mungkin meresahkan pasukannya kerana merihatkan tiga pemain utama, termasuk Pemain Terbaik musim lalu, Riyad Mahrez, dek memberi keutamaan pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Copenhagen pada Selasa (18 Okt).



"Kami mahu melangkah ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara. Untuk mencapai matlamat itu, semua pemain anda perlu fit," jelas Ranieri. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >