Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Copa America: Amerika kalahkan Ecuador 2-1 untuk mara ke separuh akhir

Jun 17, 2016 | 2:40 PM
Pemain pertahanan Amerika, Matt Besler (5), berebut bola dengan penyerang Ecuador, Enner Valencia (13), dalam perlawanan suku akhir Copa Amerika Centenario di Century Link Field.
Pemain pertahanan Amerika, Matt Besler (5), berebut bola dengan penyerang Ecuador, Enner Valencia (13), dalam perlawanan suku akhir Copa Amerika Centenario di Century Link Field. - REUTERS / USA TODAY SPORTS

SEATTLE (Amerika Syarikat): Clint Dempsey menjaringkan gol ketiganya dalam tiga perlawanan apabila Amerika Syarikat mengalahkan Ecuador 2-1 untuk mara ke separuh akhir Copa America Centenario pada Khamis (16 Jun), dalam perlawanan bergelora yang menyaksikan kedua-dua pihak kehilangan seorang pemain.

Dempsey membuka jaringan untuk pasukan Jurgen Klinsmann pada minit ke-22 di CenturyLink Field, sebelum pemain Los Angeles Galaxy, Gyasi Zardes, menggandakan kedudukan Amerika pada minit ke-65.

Michael Arroyo merapatkan kedudukan bagi Ecuador pada minit ke-74, tetapi Amerika dapat bertahan dan akan berdepan sama ada Argentina atau Venezuela dalam perlawanan separuh akhir di Houston minggu depan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg