Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

COPA AMERICA

Gol Messi melalui sepakan percuma gagal tundukkan Chile

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



RIO DE JANEIRO: Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi, menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma, tetapi Chile kembali bangkit bagi melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi saingan Copa America di Rio de Janeiro kelmarin.



Sepakan percuma kaki kiri Messi membolehkan Argentina mendahului perlawanan pada babak pertama, tetapi Eduardo Vargas berjaya menyamakan kedudukan dalam babak kedua selepas penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez, menyelamatkan sepakan penalti pemain tengah, Arturo Vidal.



Sebelum aksi Kumpulan B di Stadium Nelson Santos itu bermula, satu upacara diadakan sebagai tanda penghormatan kepada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, biarpun perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik Covid-19.



Dalam perlawanan itu, penguasaan Argentina sejak awal permainan membuahkan hasil apabila Messi meledakkan pintu gol menerusi sepakan percuma dari jarak 22 meter pada minit ke-33 yang gagal diselamatkan Claudio Bravo.



Ketinggalan 0-1, Chile mula menyerang pada babak kedua menerusi beberapa percubaan, tetapi berjaya diselamatkan Martinez.



Bagaimanapun, Chile dihadiahkan sepakan penalti menerusi sistem video bantuan pengadil (VAR) selepas Tagliafico didapati mengasari Vidal dalam kotak penalti.



Sepakan penalti yang dilaksanakan Vidal, bagaimanapun, berjaya ditepis Martinez sehingga bola terkena palang sebelum Vargas menanduk masuk bagi menjaringkan gol penyamaan.



Ditemui selepas perlawanan kelmarin, Messi memberitahu ESPN:



"Perlawanan ini menjadi rumit bagi kami. Kami perlu tenang, ada kawalan pemilikan (bola) dan bermain dengan lebih cepat. Penalti itu juga mengubah perlawanan.



"Kami mahu mula menang; penting untuk mula (pertandingan) dengan kemenangan. Kami bermain dengan lawan yang sukar. Uruguay juga akan menjadi rumit. Dua perlawanan sukar bagi memulakan Copa America ini."



Meskipun Messi beraksi cemerlang kelmarin, Vidal mengatakan keputusan seri itu adalah keputusan yang baik, dengan Chile sedang menyesuaikan diri dengan jurulatih baru Martin Lasarte dan tanpa bintang Alexis Sanchez.



"Leo (Messi) selalu membuat anda mengubah formasi. Terima kasih Tuhan kami berjaya dapat keputusan seri," kata Vidal. "Kami masih mencari semula intensiti kami, mengubah sistem sedikit. Ia perlawanan yang sukar; kami cuba patuhi arahan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >