Premium
Costa dakwa Conte tidak mahu khidmatnya lagi di Chelsea
Jun 9, 2017 | 5:30 AM
MASA DEPAN 'TERGANTUNG': Bintang penyerang Chelsea, Diego Costa, mendakwa pengurus pasukan itu, Antonio Conte, berkata beliau bukan sebahagian daripada perancangannya bagi EPL musim akan datang. - Foto AFP -
MURCIA (Sepanyol): Bintang penyerang Sepanyol, Diego Costa, berkata beliau akan mencari haluan baru selepas diberitahu pengurus Chelsea, Antonio Conte, bahawa tenaganya tidak dipertimbangkan bagi persiapan kelab juara England itu dalam menghadapi musim baru liga 2017/2018.
Costa antara tunggak kejayaan The Blues, yang muncul juara Liga Perdana yang baru lalu, dengan menyumbangkan 22 gol.

