Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Costa dapat 'tumpuan' apabila Chelsea terima kedatangan Bournemouth

Dec 04, 2015 | 08:52 PM



LONDON: Bintang penyerang Chelsea, Diego Costa, akan berusaha melenyapkan segala kritikan ke atas prestasinya yang meleset selepas mendapat tumpuan menjelang kunjungan Bournemouth ke Stamford Bridge dalam satu pertarungan Liga Perdana England (EPL) esok (1.30 awal pagi Ahad waktu Singapura).


Menyusuli gelagat berangnya semasa diketepikan pasukan utama ketika Chelsea seri dengan Tottenham Hotspur minggu lalu, Costa seolah-olah mengundang lebih banyak kontroversi selepas beliau dilihat meninggalkan sebuah kelab malam di London bersama dua rakan sepasukan, Kenedy dan Ramires, pada dinihari kelmarin.


Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, bagaimanapun telah memberikan kebenaran kepada para pemainnya meraikan pesta sempena musim Krismas ini dengan Costa kelihatan tajam semasa di padang latihan - sekitar sembilan jam selepas dilihat berada di kelab malam itu.


Mourinho tentunya berharap langkah memberikan pemainnya pelepasan itu akan menyegarkan mereka terutama Costa - yang begitu menyerlah semasa membantu Chelsea muncul juara musim lalu tetapi terkial-kial sejauh musim ini.


Keputusan mengetepikan Costa semasa menentang Spurs 'dibalas' dengan tindakan biadap daripada penyerangnya itu yang turut dilihat mencampakkan bib latihannya ke arah Mourinho.


Pengurus asal Portugal itu tidak memperbesarkan insiden itu, sebaliknya mengalihkan tumpuan kepada prestasi pasukannya di padang yang dianggapnya sebagai "persembahan terbaik Chelsea sejauh musim ini".


Persoalan kini ialah sama ada Mourinho akan 'memanggil balik' Costa apabila The Blues turun menentang Bournemouth yang turut terkial-kial sejak dinaikkan ke EPL awal musim ini.


Costa muncul dengan gol kemenangan Chelsea dalam pertarungan terakhirnya di padang sendiri menentang Norwich dan dengan Chelsea terdesak menyajikan permainan yang lebih ofinsif dalam usaha mengutip tiga mata penuh, kemungkinan penyerang Sepanyol itu kembali menerajui serangan pasukan tidak dapat ditolak.


Menduduki di tangga ke-14 liga, Mourinho bagaimanapun yakin pasukannya kini berada di landasan yang betul selepas melihat gawang pasukannya tidak dibolosi sejak tempoh rehat jadual antarabangsa yang lalu.


"Kami tidak berada di kedudukan yang baik... itulah hakikatnya," ujar pemain pertahanan, Kurt Zouma, kepada majalah Sport.


"Dengan barisan pemain yang kami ada, Chelsea sepatutnya berada di tangga pertama atau kedua.


"Kami melalui tempoh sukar tetapi semangat kami tidak terjejas dan saya yakin kami akan kembali mendaki tangga (pasukan) tidak lama lagi," tambahnya.


Manchester City berpeluang mengukuhkan kedudukan mereka di tanga teratas liga apabila bertandang ke padang Stoke City. Turut beraksi hari ini ialah Arsenal yang menerima kedatangan Sunderland manakala Manchester United perlu berada di tahap terbaik jika berharap menewaskan West Ham United - pasukan yang kerap mencatatkan kejutan ke atas pasukan pilihan sejauh ini selepas menewaskan Arsenal, City dan Liverpool. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >