Topik diikuti
Pergi ke BHkuCosta mohon maaf ludah pemain lawan
Sep 18, 2018 | 5:30 AM
Costa mohon maaf ludah pemain lawan
MILAN: Penyerang Juventus, Douglas Costa, telah memohon maaf setelah dibuang padang apabila beliau didapati meludah muka pemain Sassuolo, Federico Di Francesco, sewaktu kemenangan 2-1 mereka di Turin kelmarin.
Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus namun kemenangan keempat juara bertahan dalam musim ini telah dibayangi insiden kad merah Costa dengan Di Francesco - anak kepada jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.