Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Covid-19 hambat Liverpool beli pemain pertahanan baru

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata kemungkinan Liverpool membeli pemain pertahanan tengah bulan ini tipis kerana cabaran ekonomi dek pandemik Covid-19.



Pemain pertahanan tengah utama Virgil Van Dijk dan Joe Gomez cedera jangka panjang dan pemain pengganti seperti Joel Matip kerap cedera sejak menyertai kelab itu pada 2016.



Klopp, yang mempimpin Liverpool menjuarai Liga Perdana England musim lalu, berkata: "Mungkin ada beberapa kelab tidak mempunyai masalah kewangan.



"Namun kelab ini, dan terutama di bawah kepimpinan pemiliknya, selalunya bersikap bertanggungjawab dalam tindakannya."



Liverpool masih mendahului liga, tetapi kecederaan jangka panjang dan kehilangan form menyekatnya kepada hanya dua mata daripada tiga perlawanan terakhir.



Menurut Klopp, beliau tidak boleh memberi kata putus apakah Liverpool akan mendapatkan pemain baru bulan ini, tetapi keadaan ekonomi di sekeliling dunia menjadikan keadaan lebih sukar.



"Jika dunia masih berfungsi seperti biasa, dan kami, sebagai kelab baru memenangi liga, memenangi Liga Juara-Juara Eropah (dua musim lalu) mengalami masa kecederaan seperti ini... biasanya kami akan mengorak langkah paling ketara untuk memperbaiki keadaan.



"Namun keadaan pada masa ini bukan normal, dan saya tidak tahu apakah kami boleh membeli pemain baru," ujarnya.



Buat masa ini, Klopp terpaksa menggunakan pemain midfield Fabinho di tengah-tengah pertahanan. Beliau digandingkan dengan pemain berusia 19 tahun Rhys Williams.



Nathaniel Phillips, 23 tahun, dan kapten Jordan Henderson juga pernah dimainkan di posisi pertahanan tengah.



Liverpool masih mengatasi Manchester United di tangga pertama menerusi kiraan gol, tetapi matanya pada masa ini kurang 16 mata daripada matanya pada masa sama musim lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >