JURULATIH pasukan bola sepak nasional Tatsuma Yoshida, bersama sembilan kakitangan pengurusan kanan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah menubuhkan dana yang bertujuan menyokong kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik di tengah-tengah krisis Covid-19.

Hampir $50,000 telah berjaya dikumpul melalui dana OneStrong itu.

Dana yang dimulakan secara sukarela itu ditubuhkan sebagai tanda perpaduan 10 individu ini, kata FAS dalam kenyataannya pada Rabu (13 Mei).