Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuba pikat dua bakat Bundesliga

Dec 6, 2021 | 5:30 AM
Julian Nagelsmann. Foto-foto REUTERS
Julian Nagelsmann. Foto-foto REUTERS -

LONDON: Ralf Rangnick dipercayai sedang berusaha memikat pengurus Bayern Munich Julian Nagelsmann dan jentera gol Erling Haaland dari Borussia Dortmund ke Manchester United.

Beberapa laporan dari media Britain berkata Rangnick telah cuba mengadakan perbincangan dengan Nagelsmann, meskipun kemungkinan pengurus itu boleh didesak meninggalkan Bayern Munich bagi musim depan adalah tipis.

Kelab Bundesliga itu juga dikatakan tidak berminat mengadakan perbincangan dengan United.

Sebaliknya, Rangnick mungkin lebih berjaya dalam usaha memikat Haaland ke Old Trafford.

Pemain berusia 21 tahun itu antara penjaring gol terhebat di Eropah musim ini.

Kontraknya dengan Borussia Dortmund hanya luput pada 2024, tetapi ia mengandungi terma yang membolehkannya meninggalkan kelab itu pada tahun depan.

Selain United, Haaland juga telah dikaitkan dengan Munich, Real Madrid, Chelsea dan Juventus. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg