Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cukup pelik kalau Liverpool julang piala tanpa peminat: Henderson

May 27, 2020 | 01:30 PM



LIVERPOOL: Bermain di Anfield dan menjulang piala Liga Perdana England (EPL) tanpa ada peminat adalah suatu yang "cukup pelik", kata kapten kelab bola sepak Liverpool, Jordan Henderson, lapor BBC News hari ini.



Pasukan 'The Reds' berada di kedudukan teratas liga ketika musim dihentikan dan hanya memerlukan dua kemenangan dari sembilan perlawanan terakhir untuk bergelar juara liga buat pertama kali sejak 1990.



EPL dijangka disambung semula Jun ini setelah ditangguhkan sejak 13 Mac kerana wabak koronavirus.



Henderson mengatakan peminat Liverpool "membuat perbezaan besar dan kita semua tahu itu".



Pemain antarabangsa England itu ditukil BBC Radio 5 Live sebagai berkata: "Sudah tentu akan terasa berbeza kerana jika anda memenangi sebarang trofi dan menerimanya tanpa peminat di sana, ia sangat aneh.



"Masih belum selesai. Kami masih ada pekerjaan yang harus dilakukan dan kami masih perlu berada di tahap terbaik sehingga musim berakhir kerana kami mahu menyelesaikan dengan sekuat yang kami mampu untuk memastikannya musim penuh.



"Selepas itu, sama ada kita memenanginya atau apa sahaja, maka [menerima] trofi dan peminat tidak ada... anda hanya perlu menghadapinya ketika ia tiba. Semoga ia berlaku. Kami masih dalam kedudukan yang sangat baik .



"Ini bermakna kita telah memenangi Liga Perdana dan kita semua akan sangat gembira tetapi kemudian kita dapat melihat ke masa depan - dan setiap kali peminat dibenarkan masuk ke stadium, saya yakin kita akan mengadakan semacam perayaan bersama."



Liverpool dan kelab lain kembali menjalani latihan minggu lalu dengan protokol yang ketat, termasuk latihan hanya dalam kumpulan kecil, tetapi Henderson mengatakan langkah-langkah itu "luar biasa" dan membuat para pemain merasa "selamat".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >