Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daim bukti cemerlang, julang mahkota kejuaraan siri perlumbaan kereta Caterham

Dec 3, 2017 | 7:43 PM
JUARA: Daim kini bergelar juara siri perlumbaan kereta Caterham.
JUARA: Daim kini bergelar juara siri perlumbaan kereta Caterham. - Foto IMRAN BAGHA

PEMANDU muda berbakat Singapura, Daim Hishammudin, menjadi kebanggaan negara apabila menjuarai siri berprestij perlumbaan kereta Motorsport Caterham Prince Lubricants 2017 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi (3 Disember 2017).

Daim, 19 tahun dan masih menjalani perkhidmatan negara (NS), memenangi kededua perlumbaan terakhirnya bagi kelas 420R itu untuk mengekalkan prestasi hebatnya memenangi kesemua 10 perlumbaan yang disertai dalam siri Caterham ini sejak Mei lalu termasuk tiga perlumbaan di Litar Speedway, Filipina, dua bulan lalu.

Kejayaan itu tentunya bertambah manis kerana ia adalah kejuaraan pertamanya dalam arena perlumbaan kereta bagi Daim, yang sebelum ini mengukir namanya dalam perlumbaan karting. Beliau adalah juara karting Asia sebanyak lima kali sebelum ini.

Lebih hebat lagi, kejayaan terbaru ini dicapainya selepas lebih dua tahun berjauhan daripada sukan ini - gara-gara menumpukan perhatian kepada pelajarannya dan kemudian perkhidmatan negara (NS).

Daim, yang juga merupakan duta sukan bermotor program 'Dare to Dream' syarikat AirAsia, menamatkan saingan siri Caterham 2017 ini dengan 150 mata - jauh di hadapan pencabar-pencabarnya yang lain, ada di antara mereka merupakan bekas juara siri perlumbaan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg