Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS WIMBLEDON

Dapat sokongan gemuruh, Raducanu buka langkah Wimbledon dengan positif

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemain tenis nombor satu Britain, Emma Raducanu, berkata beliau "menghargai setiap detik" dalam kemenangan untuk memulakan kempen sulungnya di Wimbledon sebagai juara Grand Slam.



Raducanu, 19 tahun, mengatasi permulaan gugup dalam penampilan pertamanya di Centre Court sebelum menemui rentak permainan untuk menewaskan lawannya dari Belgium, Alison van Uytvanck, 6-4 6-4 kelmarin.



Didorong tepukan dan sorakan penyokong tuan rumah yang bersemangat, juara Terbuka Amerika Syarikat itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan sampingan yang menjejaskan persiapannya.



"Saya benar-benar rasa seperti hari ini saya telah menjadikan gelanggang ini seperti gelanggang saya sendiri dan benar-benar menguasainya," kata beliau kepada BBC Sport.



Raducanu membuktikan bakatnya yang besar sekitar setahun lalu dengan kejayaannya melayakkan diri sehingga pusingan keempat Wimbledon, sekalipun menyertai kejohanan sebagai hanya pemain ke-334 terbaik dunia.



Kali ini beliau tiba sebagai pemain pilihan ke-10 untuk menjuarai kejohanan dan bergelar juara Grand Slam - dan beliau disambut penuh semangat oleh penyokong yang memainkan peranan dalam memastikan beliau berjaya mara ke pusingan selanjutnya.



"Saya sangat gembira dapat mengharungi pertarungan ini dan tidak sabar untuk bermain di depan anda sekali lagi," katanya dalam satu wawancara di gelanggang.



"Saya telah merasakannya (sokongan orang ramai) sejak saya melangkah masuk ke gelanggang latihan, orang di belakang saya berkata, 'Emma, awak boleh menang'. Dan saya pun rasa, 'Ya, saya boleh menang'.



"Saya gembira dapat kekal beraksi di sini untuk sehari lagi."



Raducanu bergelut dengan beberapa kecederaan ringan sejak kemenangan sensasinya di Flushing Meadows tahun lalu, termasuk kecederaan sampingan awal bulan ini.



Remaja itu mempamerkan prestasi cemerlang - tidak tewas satu set pun - sepanjang laluan menakjubkan di New York, sekali gus menjadi pemain wanita Britain pertama untuk merangkul gelaran perseorangan Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon pada 1977.



Namun, sejak itu, persembahannya kurang menyerlah, diburukkan lagi kecederaan yang membelenggunya.



Raducanu seterusnya akan berdepan Caroline Garcia selepas bekas pemain nombor empat dunia Perancis itu mengalahkan pemain wildcard Britain, Lily Miyazaki, 4-6 6-1 7-6 (10-4). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >