Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dapat tempat ke-23 tapi Chantel bangga dengan pencapaian

Freida Lim juga cipta sejarah jadi penerjun pertama SG untuk bersaing di Sukan Olimpik
Aug 05, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Sikap sambil lewa kemudian menjadi detik sentimental buat perenang maraton negara Chantal Liew di Taman Marin Odaiba di Tokyo pagi semalam.



Liew menduduki tempat ke-23 daripada 25 perenang dalam masa 2 jam 8 minit 17.9 saat, dan melakar sejarah sebagai warga Singapura untuk bersaing dalam acara itu di Sukan Olimpik.



Warga Brazil Ana Marcela Cunha memang pingat emas dalam masa 1:59:30.8, sesaat lebih pantas daripada juara bertahan Sharon van Rouwendaal.



Warga Belanda itu mencatat masa 1:59:31.7 dengan Kareena Lee dari Australia membawa pulang pingat gangsa (1:59:32.5).



Masih dalam sut basah dan air menitis daripada rambutnya, Liew mengukir senyuman lebar ketika diwawancara beberapa minit selepas perlumbaan 10 kilometer yang melelahkan dan berkata beliau bangga dengan pencapaiannya, menepis pengkritik di tanah air yang mempersoalkan perjuangan Sukan Olimpiknya.



Ditanya sama ada beliau rasa beliau telah membuktikan kebolehan beliau kepada pengkritiknya , beliau berkata: "100 peratus."



Liew, yang akan menyambut ulang tahun ke-23 pada Isnin ini, kemudian menoleh ke pegawai liaison media di sebelahnya dan bertanya: "Boleh saya katakannya?" Pegawai itu mengangguk.



"Mereka boleh cium pantat saya," kata Liew sambil tertawa, sebelum suaranya mula berubah menjadi sayu.



"Saya berharap ia menutup mulut mereka dan saya harap ia menutup mulut semua pengkritik yang tiada pengalaman dalam sukan di Singapura," tambahnya sambil bergetar, dengan jurulatih Marcus Cheah meletakkan tangan di belakang Liew untuk menenangkannya.



"Apa yang kami lakukan adalah mencabar. Atlet tidak mahu paparkan persembahan yang teruk, kami semua mahu datang ke sini dan melakukan yang terbaik kami. Jadi saya gembira bahawa saya lakukan apa yang telah saya lakukan hari ini. Saya, dengan yakin, boleh katakan yang sama untuk setiap atlet lain yang berada di Tokyo buat masa ini.



"Kadang kala, yang terbaik anda tidak cukup baik, ada kalanya ia cukup...tetapi anda teruskan kehidupan dan anda belajar, dan pada akhirnya, anda suka apa yang anda lakukan...dan tiada siapa boleh rampas perkara itu daripada anda," tambah Liew.



Dalam acara lain yang diwakili atlet Singapura, penerjun Freida Lim menduduki tempat terakhir daripada 30 pesaing dalam pusingan saringan platform 10 meter wanita di Pusat Akuatik Tokyo petang semalam.



Lim, 23 tahun, yang menjadi penerjun pertama negara untuk bersaing di Sukan Olimpik, mencatat keputusan 215.90 selepas lima terjunan.



Hanya 18 pesaing terbaik melayakkan diri ke separuh akhir.



Chen Yuxi dari China menghuni puncak tangga kelayakan dengan 390.70 mata, diikuti dengan rakan senegara Quan Hongchan (364.45) dan warga Amerika Syarikat Delaney Schnell (360.75).



Rakan sepasukan Lim, Jonathan Chan akan bertanding dalam pusingan saringan platfrom 10 meter lelaki esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >