Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN: PREVIU JERMAN LWN JEPUN

Dapatkah Jerman kembali unggul sedang Jepun tahu permainannya?

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



BRAZIL, Argentina, Perancis dan England diramal ramai bakal menjulang Piala Dunia kali ini. Tapi, bagaimana pula tentang peluang juara empat kali Jerman?



Sejujurnya, peminat Jerman hanya boleh berasa yakin secara senyap-senyap bahawa pasukan mereka dapat membuat kejutan di Qatar.



Selepas disingkir secara mengejut pada pusingan pertama Piala Dunia 2018, pasukan Die Mannschaft membuka kempen 2022 mereka dengan menentang Jepun dalam Kumpulan E malam ini.



Mereka sedar perlawanan ini berpotensi menyalakan dan mematikan harapan mereka.



Dengan juara dunia 2010 Sepanyol menanti mereka seterusnya, Jerman tidak boleh melakukan sebarang kesilapan ketika menentang Jepun, kerana ia berisiko tersingkir awal lagi.



Tempoh empat tahun sejak "bencana" di Russia - penyingkiran Piala Dunia paling awal mereka dalam lebih 80 tahun - juga kurang mengagumkan.



Ia disingkirkan daripada Liga Negara-Negara pada 2018, sebelum perubahan peraturan menghidupkan peluang mereka dalam kejohanan itu, dan terkandas pada pusingan 16 pasukan terbaik dalam Euro tahun lepas.



Namun, dengan jurulatih baru Hansi Flick - yang memenangi enam gelaran bersama Bayern pada 2021 sebelum mengambil alih pasukan kebangsaan itu hanya lebih setahun lalu - dan gabungan pemain berpengalaman, seperti Manuel Neuer dan Thomas Muller, dan bakat muda Jamal Musiala, 19 tahun, Jerman berharap dapat sekali lagi membuktikan kehebatan mereka.



"Kami bersedia bagi pertarungan sukar menentang Jepun," kata pengarah pasukan Oliver Bierhoff minggu ini. "Kami harus fokus dari awal minit pertama. Kemudian, segala-galanya tidak mustahil bagi pasukan ini."



Yang perlu Flick putuskan bagi perlawanan menentang Jepun ialah sama ada menurunkan salah seorang penyerang tengahnya, Niclas Fuellkrug, yang kuat dan tinggi, atau mengerahkan pemain sayap seperti Kai Havertz bermain dalam posisi nombor sembilan itu.



Fuellkrug direhatkan sejak beberapa hari lalu akibat selsema.



Walaupun memenangi sembilan daripada 10 perlawanan kelayakan, Jerman kurang meyakinkan ketika mengatur serangan sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini dan gesaan agar menggunakan seorang pemain sasaran, atau 'target man', semula jadi kian kuat.



Dalam pada itu, potensi Jepun mengecewakan pasukan Eropah itu tidak boleh diremehkan.



Jepun lebih mengetahui permainan Jerman berbanding kebanyakan pasukan lain dalam kejohanan ini - lapan pemain dalam skuad mereka berpangkalan di Jerman.



Pemain veteran Jepun Yuto Nagatomo berkata lapan pemain itu, yang termasuk pemenang Liga Europa bersama Eintracht Frankfurt, Daichi Kamada, sering berkongsi matlumat mengenai lawan mereka bersama rakan sepasukan.



"Anda tidak perlu bertanya - baik di kantin mahupun dalam bus, anda akan mendapat maklumat dari mana-mana," kata Nagatomo.



Jepun pastinya telah melihat kelemahan Jerman dalam pertahanan dan kerapuhan mereka terhadap serangan balas pantas.



Jika berupaya mengecewakan Jerman malam ini, pasukan Samurai Blue mungkin dapat mengulangi persembahan 2018 mereka melepasi pusingan kumpulan sebelum tewas tipis kepada Belgium dalam pusingan 16 pasukan terbaik.




JADUAL PIALA DUNIA 



HARI INI



KUMPULAN F

Maghribi lwn Croatia (6 ptg)



KUMPULAN E

Jerman lwn Jepun (9 mlm)



ESOK PAGI



KUMPULAN E

Sepanyol lwn Costa Rica (12 mlm)



KUMPULAN F

Belgium lwn Canada (3 pagi)



Semua perlawanan disiarkan di Singtel TV Ch141 & StarHub Ch251




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >