Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dapatkah mereka ikut beraksi?

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Dengan musim liga kelab yang baru sahaja berakhir tidak kurang dua minggu lalu, beberapa nama-nama besar bola sepak Eropah yang kini dihimpit kecederaan sedang mengejar masa untuk kembali cergas bagi kejohanan Euro 2020 mulai 12 Jun ini.



Ketidakpastian mengenai tahap kecergasaan pemain tersebut dan beberapa kecederaan saat-saat akhir menjelang Euro 2020 - ketika perlawanan persahabatan baru-baru ini - turut menimbulkan masalah bagi pengurus pasukan nasional di Eropah, sedang mereka memuktamadkan skuad masing-masing.



Menurut pengurus Belgium Roberto Martinez, bintangnya Kevin De Bruyne telah menjalani pembedahan kecil dan akan menyertai skuad semalam.



Pemain midfield Manchester City itu mengalami beberapa patah tulang pada mukanya semasa kekalahan final Liga Juara-Juara mereka kepada Chelsea.



Beliau digantikan selepas bertembung dengan pemain bek tengah Chelsea Antonio Rudiger.



Mengulas mengenai pembedahan itu, Martinez berkata:



"Campur tangan kecil itu diperlukan jika dipandang mengikut jangka panjang. Dia tidak akan perlukan masa pemulihan yang lama.



"Ia bukan pembedahan yang menghalang anda daripada kembali beraksi atau perlukan masa pemulihan, ia sebenarnya sebaliknya. Bahkan ia akan memberinya peluang untuk bermain tanpa memerlukan perlindungan.



"Tapi, dia mungkin tidak akan bersedia untuk perlawanan pertama menentang Russia dan kami perlu meneliti keadaan setiap hari."



Senasib ialah pengurus England, Gareth Southgate.



Harry Maguire dan Jordan Henderson disenaraikan dalam skuad Euro 2020 Southgate meskipun kededua mereka belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan masing-masing.



Maguire mengalami kecederaan ligamen buku lali awal bulan lalu, manakala Henderson tidak beraksi sejak Februari lalu setelah menjalani pembedahan groin.



Kapten Liverpool itu namun beraksi dalam separuh kedua perlawanan persahabatan England menentang Romania kelmarin sementara persoalan mengenai tahap kecergasan Maguire masih menjadi tanda tanya.



"Semua tanda-tanda menunjukkan dia boleh beraksi (semasa kejohanan) dan kemudian ia mengenai bila dia dapat kembali berlatih bersama pasukan dan berapa cepat kita dapat memajukannya," kata Southgate mengenai Maguire.



"Akan selalu ada risiko dengan sebarang kecederaan sehingga anda memerlukan satu kemunduran kecil dan ia boleh menjejas dua atau tiga hari dalam jangka masa (pemulihan) tersebut, jadi saya sangat realistik mengenai hal itu."



Malang tidak berbau, skuad pilihan Southgate dilanda beberapa kecederaan baru dengan penyerang Manchester United Mason Greenwood menarik diri daripada skuad Selasa lalu akibat kecederaan yang berlarutan dan Trent Alexander-Arnold mengalami kecederaan paha dalam perlawanan persahabatan menentang Austria Rabu lalu.



Pemain bek kanan Liverpool itu dijangka perlu berehat selama enam minggu.



Antara bintang lain yang disahkan akan terlepas beraksi dalam kejohanan musim panas itu termasuk pemain bek tengah Belanda dan Liverpool, Virgil Van Dijk yang mengalami kecederaan lutut teruk pada Oktober 2020.



Ikon Sweden Zlatan Ibrahimovic akan terpaksa menyokong pasukannya dari jauh setelah mengalami kecederaan lutut.



Di usia 39 tahun, Euro 2020 mungkin kali terakhir penyerang AC Milan tersebut bersaing dalam kejohanan itu.



Kecederaan lutut turut dihimpit penjaga gol Jerman dan Barcelona, Marc-Ander Ter Stegen.



"Buat kali pertama dalam bertahun-tahun, saya akan menjadi peminat di rumah menyokong negara saya," tulis Ter Stegen di Instagram.



"Saya harap kami menang." - Agensi berita.




"Campur tangan kecil itu diperlukan jika dipandang mengikut jangka panjang. Dia tidak akan perlukan masa pemulihan yang lama...

Tapi, dia mungkin tidak akan bersedia untuk perlawanan pertama menentang Russia dan kami perlu meneliti keadaan setiap hari."

- Pengurus Belgium Roberto Martinez, mengenai bintangnya Kevin De Bruyne.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >