Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

De Bruyne 'mustahil dibendung' jaring 4 gol bagi City tewaskan Wolves 5-1

May 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pep Guardiola memuji Kevin De Bruyne sebagai pemain "mustahil dibendung" selepas beliau menjaringkan empat gol dalam kemenangan besar 5-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di tempat lawan kelmarin (waktu tempatan).



Kemenangan itu memberi Manchester City kelebihan tiga mata semula ke atas pesaing terdekatnya Liverpool di puncak Liga Perdana England (EPL).



City kini memerlukan hanya empat mata daripada baki dua perlawanan liga untuk menjulang mahkota liga keempatnya dalam lima musim berturut-turut.



De Bruyne, yang berasal dari Belgium, memainkan peranan tunggak dalam semua kejuaraan lalu City, tetapi beliau menunjukkan nilainya pada malam yang sama kelab itu mengumumkan pemerolehan satu lagi bakat handal, Erling Haaland, yang akan menyertai kelab itu musim depan.



Malah, De Bruyne, 30 tahun, menunjukkan sokongannya bagi Haaland selepas menjaringkan gol ketiga, dengan meniru cara beliau meraikan golnya.



Bersama, dua pemain itu dijangka memporak-perandakan sebarang benteng pertahanan di Eropah.



Sebelum ini, Guardiola dilaporkan menggesa De Bruyne supaya bersikap lebih "tamak" dan membuat lebih banyak percubaan gol daripada sekadar merintis peluang gol bagi rakan-rakannya.



Musim ini, De Bruyne bak membuktikan kepada pengurusnya beliau juga boleh menjaringkan gol.



Selain merintis banyak peluang gol, De Bruyne menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan musim ini.



"Hebat, menakjubkan, mustahil dibendung," kata Guardiola apabila diminta mengulas mengenai persembahan De Bruyne di Stadium Molineux itu.



"Kevin memang boleh mencipta perkara istimewa," ujar Guardiola.



"Kami sentiasa memberitahunya supaya bersifat lebih tamak dan membuat lebih banyak percubaan gol... dan beliau menunjukkan kebolehannya itu musim ini."



Namun, bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, De Bruyne berkata beliau tidak memikirkan sangat akan pencapaiannya dan gol yang dijaringkannya musim ini.



Sebaliknya, De Bruyne berkata beliau sedang memikirkan tentang cabaran yang akan diberikan oleh West Ham dalam perlawanan EPL esok.



"Kami memulakan perlawanan dengan baik dan saya senang hati mengenai cara pasukan ini beraksi," katanya dengan rendah hati. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >