Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

De Bruyne tidak rai berlebihan kerana hormat Eriksen

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON, AMSTERDAM, LYON: Pemain tengah Kevin De Bruyne berkata beliau tidak meraikan secara berlebihan jaringannya dalam kemenangan 2-1 Belgium ke atas Denmark di Copenhagen kelmarin sebagai tanda hormat kepada Christian Eriksen.



Pemain Denmark Eriksen sedang meneruskan rawatan di hospital setelah mengalami serangan jantung di padang Sabtu lalu, dan perlawanan terkini negaranya itu adalah satu penghormatan menyentuh hati buatnya.



Setelah pengatur serangan itu dirai dengan rancak pada minit ke-10, Belgium bangkit untuk mengutip tiga mata penuh, sebahagian besarnya kesan De Bruyne dimasukkan daripada bangku simpanan.



Yussuf Poulsen meledakkan gol selepas hanya dua minit untuk membawa keceriaan di Stadium Parken, namun De Bruyne, yang kini kembali cergas, mengubah kedudukan perlawanan.



Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70, apabila menemui sasaran di sudut bawah gawang selepas satu gerakan serangan cantik.



Namun, reaksi pemain Manchester City itu sendu.



"Saya gembira, sudah tentu, tetapi saya terlalu hormat orang di sini untuk meraikan kejayaannya itu secara melampau," jelas De Bruyne selepas perlawanan.



"Saya pergi ke bahagian padang tempat Christian Eriksen rebah pada Sabtu lalu dan saya kekal tenang."



Dengan dunia bola sepak memberi sokongan kepada Eriksen ketika ini, Belgium memainkan peranan mereka dengan menendang bola keluar dari permainan kelmarin untuk mencetuskan tepukan sokongan buat Eriksen.



Sebelum perlawanan dimulakan, sehelai kemeja besar dengan nama dan nombor Eriksen dilancarkan di padang, dan sekumpulan penyokong menyampaikan mesej khusus untuk pemain Inter Milan itu.



Doktor pasukan Denmark Marten Boesen pagi kelmarin mengatakan Eriksen dilengkapi dengan defibrilator kardioverter yang boleh dimasukkan ke dalam tubuh.



Dengan kemenangan itu, Belgium mendahului Kumpulan B dengan enam mata dan menjadi pasukan kedua selepas Italy untuk menempah tempat di pusingan kelompok 16 terakhir.



Denmark belum mengutip sebarang mata dan perlu menang perlawan terakhir mereka menentang Russia dan berharap ia cukup untuk layak ke pusingan seterusnya.



Dalam pada itu, pengendali Belanda Frank de Boer percaya anak buahnya masih mampu meningkatkan prestasi selepas menewaskan Austria 2-0 untuk layak ke kelompok 16 terakhir Euro 2020 dengan baki satu perlawanan.



"Memang bagus dapat mara ke pusingan seterusnya, jadi saya amat berpuas hati, tetapi masih ada ruang untuk peningkatan," kata De Boer.



Penalti awal Memphis Depay dan jaringan babak kedua Denzel Dumfries memastikan kemenangan buat The Oranje di Arena Johan Cruyff, Amsterdam.



Kemenangan kedua selepas menewaskan Ukraine 3-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C membolehkan Belanda mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan, sebelum berdepan Macedonia Utara pada aksi terakhir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >