Demi Kane, Man City sedia bayar lebih tinggi dari Man U, Chelsea

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Demi Kane, Man City sedia bayar lebih tinggi dari Man U, Chelsea

May 22, 2021 | 5:30 AM

Demi Kane, Man City sedia bayar lebih tinggi dari Man U, Chelsea

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

LONDON: Manchester City bersedia mengalahkan pesaing utama mereka untuk mendapatkan Harry Kane, yang menegaskan Tottenham Hotspurs tidak dapat menghentikannya meninggalkan kelab itu.

Bintang England itu bersedia mengadakan perbincangan bersama pengerusi kelab Daniel Levy tetapi menegaskan hanya beliau, dan bukan ketua Spurs itu, dapat menentukan masa depannya.

Kane, 27 tahun, mempunyai bagi tiga tahun di bawah kontraknya tetapi sudah meluahkan hasrat berpindah ke kelab lain.

City dilaporkan kini berada di depan dalam persaingan bersama Manchester United dan Chelsea untuk menandatangani pemain itu.

Kelab itu muncul sebagai destinasi utama Kane walaupun Spurs menegaskan bahawa penyerang utamanya itu tidak akan dijual.

Bercakap dalam rancangan BBC Match of the Day (Perlawanan Utama Hari Ini), bekas kapten England, Alan Shearer, berkata beliau menganggap perlawanan Ravu lalu di Stadium Tottenham Hotspur adalah yang terakhir Kane bagi kelab itu, sambil menambah "tidak ada seseorang pun, termasuk penyokong Tottenham, akan menentang keputusannya".

"Beliau telah memberikan segala-galanya kepada kelab itu. Beliau mungkin telah meminta untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu namun mereka memujuknya untuk kekal setahun lagi.

"Ada beberapa kelab besar yang ingin mendapatkannya. Manchester City, Manchester United dan Chelsea memerlukan pemain baru." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg