Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dengan Argentina menanti, Mexico, Poland mahu tiga mata

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



DENGAN Lionel Messi dan Argentina menanti dalam perlawanan seterusnya, Mexico dan Poland pastinya ghairah untuk mendapatkan tiga mata penuh bagi membuka tirai Piala Dunia mereka.



Tiga mata penuh dalam perlawanan pertama akan mengurangkan tekanan dalam perlawanan seterusnya dalam Kumpulan C yang turut menampilkan Saudi Arabia.



Di atas kertas, Poland dengan barisan pemain yang bermain di liga-liga utama Eropah tampak mempunyai kelebihan.



Kapten dan penyerang utama mereka, Robert Lewandowski, dari Barcelona, mendahului senarai pemain yang bermain untuk liga-liga utama Eropah.



Namun, selain penyerang yang memegang rekod jaringan untuk Poland dengan 76 gol itu, pengurus pasukan, Czeslaw Michniewicz, juga mempunyai barisan pemain-pemain hebat yang lain.



Antaranya termasuk penyerang Juventus, Arkadiusz Mili; pemain midfield Napoli, Piotr Zieliński dan pemain pertahanan Aston Villa, Matty Cash.



Mexico pula terdiri daripada ramai pemain yang bermain dalam liga setempat dan Amerika.



Antara pemain utama pasukan itu termasuk pemain midfield Hector Herrera, yang mewakili Houston Dynamo dari Liga Major Amerika (MLS) dan Luis Chavez dari kelan Pachuc.



Namun, pasukan pimpinan Gerardo Martino itu, yang pernah mengurus Barcelona, turut mempunyai beberapa pemain bertaraf dunia termasuk penyerang Wolves, dalam Liga Perdana England, Raul Jimenez dan Hirving Lozano, yang menyarung jersi Napoli dalam liga Italy, Serie A.



Meskipun akur pasukannya mempunyai pemain yang lebih berpengalaman bermain di peringkat tertinggi, Michniewicz, menerangkan bahawa kelebihan itu tidak bermakna dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.



Menarik perhatian ramalan berdasarkan statistik yang meletakkan pasukannya dan Mexico sebagai setara iaitu 34 peratus untuk mencapai kemenangan, Michniewicz berkata:



"Apa yang penting ialah sikap pemain, keadaan emosi mereka dan keberanian mereka. Kami harus berhati-hati, tapi tetap memastikan kami dapat merintis peluang jaringan bagi mendapat kelebihan".



Bekas pemain Manchester City dan pengulas bola sepak dalam Piala Dunia ini, Micah Richards, berkata Poland dan Mexico mungkin bukan perlawanan glamor dalam konteks Piala Dunia, namun bagi beliau ia menjanjikan perlawanan yang menarik.



"Saya rasa kededua pasukan ini seimbang secara keseluruhan meskipun Poland mempunyai kelebihan pengalaman di bahagian midfield. Adakah ia akan menjadi penentu? Saya rasa sukar untuk ramalkan sikap, semangat dan kemahuan yang ditunjukkan pemain Mexico nanti.



"Bagi Poland, mereka harus memastikan mereka tidak terlalu yakin. Pada masa yang sama juga mereka tidak boleh terlalu gopoh. Sebaliknya, kunci perlawanan ini ialah sama ada mereka mampu mengawal rentak perlawanan. Itu yang penting bagi saya," ujar beliau.



Bagi Martino bagaimanapun, keadaannya jelas.



Beliau melihat pasukannya sebagai pasukan underdog, dengan Poland mempunyai kelebihan dalam hampir setiap bahagian padang.



"Jadi pasukan saya tahu apa yang perlu kami lakukan.



"Kami harus bekerja keras, tidak memberi Poland ruang dan masa untuk menentukan rentak perlawanan dan kemudian menghukum mereka apabila diberi peluang.



"Memang kemenangan adalah sukar, tapi kami boleh bermimpi dan Piala Dunia adalah mengenai mimpi dan impian," kata beliau.




JADUAL PIALA DUNIA



HARI INI



KUMPULAN C

Argentina lwn Saudi Arabia (6 ptg)



KUMPULAN D

Denmark lwn Tunisia (9 mlm)



KUMPULAN C

Mexico lwn Poland (11.55 mlm)



KUMPULAN D

Perancis lwn Australia

(Rabu, 3 pagi)



Semua perlawanan disiarkan di Singtel TV Ch141 & StarHub Ch251




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >