Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Denmark buat kejutan belasah Russia 4-1 untuk mara

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



COPENHAGEN, SAINT PETERSBURG, AMSTERDAM, BUCHAREST: Denmark mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan bola sepak Eropah Euro 2020 selepas menundukkan Russia 4-1 kelmarin, dan, terima kasih kepada Belgium yang mengalahkan Finland, menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.



Jaringan Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle memberi Denmark kemenangan pertamanya dalam kempen di Stadium Parken.



Penyokong Denmark menyambut kemenangan itu dengan penuh gembira selepas menempuh detik sukar pada perlawanan pembukaan penuh trauma, yang menyaksikan Christian Eriksen rebah di tengah padang akibagt serangan jantung.



Denmark dijadual bertemu Wales dalam saingan kelompok 16 terbaik di Amsterdam Ahad ini. Ia turun padang kelmarin tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan awal, namun sedar kemenangan lebih dua gol ke atas Russia dan kekalahan Finland bakal menjamin tempatnya di tangga kedua kumpulan.



Pemain sayap Sampdoria, Damsgaard, memuji rakan sepasukannya selepas melalui perjalanan berliku di awal kejohanan.



"Mara ke pusingan seterusnya adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Pasukan itu, pemain ini (Denmark)... menjadi sebahagian daripada pasukan ini adalah sesuatu yang menarik, sungguh menakjubkan apabila semua orang gembira," kata Damsgaard.



Dengan ketiadaan Eriksen, pemain berusia 20 tahun itu dipilih menyertai skuad itu untuk mencipta gerakan menarik bagi Denmark.



"Saya tidak pernah terfikir akan menjadi sebahagian daripada perlawanan besar seperti ini, jadi ia satu perasaan menakjubkan," katanya.



Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Belgium menundukkan Finland 2-0 untuk mara dengan bergaya ke pusingan kalah mati Euro 2020 selaku juara kumpulan.



Keputusan itu meletak Finland di tangga ketiga kumpulan, dengan hanya peluang tipis untuk ke pusingan 16 pasukan terakhir.



Gol sendiri penjaga gol Finland, Lukas Hradecky, pada minit ke-74 dan jaringan Romelu Lukaku ketika permainan berbaki sembilan minit memastikan kemenangan ketiga berturut-turut Belgium.



Ia akan berdepan salah satu daripada pasukan tangga ketiga terbaik di Sevilla Ahad ini.



Bagi persaingan Kumpulan C, Georginio Wijnaldum menjaringkan dua gol apabila Belanda melengkapkan peringkat kumpulan Euro 2020 dengan selesa dengan mengatasi Macedonia Utara 3-0 di Amsterdam malam tadi.



Kapten Belanda itu menyumbatkan got itu pada babak kedua di Johan Cruyff Arena selepas Memphis Depay membuka jaringan bagi Belanda.



Depay, yang masih segar selepas berhijrah ke Barcelona, membantu dalam kedua-dua gol Wijnaldum.



Skuad kendalian Frank de Boer itu memungut sembilan mata penuh di peringkat kumpulan.



Sementara itu, Macedonia Utara tersingkir selepas tewas dalam dua perlawanan.



Selain itu, Austria menang 1-0 ke atas Ukraine di Bucharest bagi memastikan tempat di kelompok 16 terakhir.



Ukraine terpaksa menanti untuk memastikan apakah mereka layak mara sebagai satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik peringkat kumpulan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >