Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU SUKU AKHIR EURO 2020

Denmark, Czech sama bersemangat kuat walau 'kerdil'

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



BAKU (Azerbaijan): Apabila kejohanan Euro 2020 membuka tirainya bulan lalu, ramai mungkin tidak meramalkan Republik Czech dan Denmark akan bertahan hingga ke suku akhir.



Mereka underdogs, iaitu bukan pasukan pilihan, dalam kejohanan Eropah ini.



Tidak ramai akan berkata Denmark atau Republik Czech mempunyai mutu yang cukup untuk mengatasi pasukan hebat, tetapi, seperti setiap pasukan yang bersaing, mereka menyenaraikan skuad hebat dan mempunyai peluang menewaskan lawan.



Dan antara dua pasukan 'kerdil' ini - yang bertembung hari ini (awal pagi esok waktu Singapura) dalam perlawanan suku akhir - satu akan kekal unggul dan mara ke pusingan separuh akhir.



Denmark mara ke suku akhir dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Wales, sementara Republik Czech mengalahkan Belanda 2-0 untuk kekal bersaing.



Meskipun Denmark pasukan pilihan dalam perlawanan suku akhir ini, sukar meramalkan bagaimana persaingan ini akan berlangsung.



Pasukan kendalian Kasper Hjulmand ini menempah tempat di pusingan 16 pasukan terakhir dengan menduduki tempat kedua di belakang Belgium dalam Kumpulan B, walaupun tewas dua daripada tiga perlawanan mereka dalam saingan kumpulan.



Denmark tewas 1-0 dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Finland, namun perlawanan tersebut antara paling sukar bagi pasukan Hjulmand selepas pemain utamanya Christian Eriksen rebah dan diusung keluar untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.



Meskipun tewas dalam perlawanan seterusnya menentang Belgium, mereka bangkit menunjukkan semangat baru ketika bertemu Russia dan menang 4-1, sekali gus berada di landasan menuju pusingan 16 pasukan terakhir.



Denmark, yang menjuarai kejohanan Eropah ini pada 1992, tidak pernah melangkah ke suku akhir sejak 2004.



Mereka disingkirkan di peringkat kumpulan pada 2012 dan gagal melayakkan diri untuk bertanding pada 2008 dan 2016.



Hjulmand yakin akan peluang pasukannya terus maju dalam Euro 2020.



"Motivasi, semangat berpasukan dan persahabatan antara pemain sangat mengagumkan.



"Kami bermain tiga perlawanan pada tahap sangat tinggi dan jika ada orang berhak mendapat pujian, ia adalah pemain kami.



"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana mereka berdaya bangkit daripada apa yang mereka lalui, jadi penghargaan besar kepada pemain kami," katanya.



Sementara itu, pasukan Czech kendalian Jaroslav Silhavy juga menunjukkan semangat tidak mudah luntur.



Walaupun menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan D, mereka layak ke pusingan seterusnya sebagai salah satu daripada pasukan tempat ketiga terbaik.



Mungkin nasib menyebelahi Czech ketika itu, namun mereka menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah pasukan yang harus digeruni setelah berjaya menewaskan Belanda.



Mereka pernah menjadi naib juara kejohanan ini pada 1996 dan melayakkan diri hingga ke separuh akhir pada 2004.



Pada kejohanan lalu lain, mereka gagal mara daripada peringkat kumpulan.



Walaupun pasukannya bukan pasukan pilihan, Silhavy yakin mereka berupaya membuat kejutan dalam aksi menentang Denmark.



"Saya percaya apabila kami bekerja keras sebagai sebuah pasukan, kami dapat mengejutkan Denmark dan melangkah lebih jauh," ujarnya. - Agensi berita.




Ramalan wartawan Fahruradzi Ismail



SUKAR memilih antara dua pasukan ini, yang mengejutkan ramai peminat bola sepak yang mengikuti kejohanan Euro 2020.



Tiada siapa, termasuk saya, sangka pasukan yang dianggap kerdil ini berupaya melangkah jauh hingga ke pusingan suku akhir.



Apatah lagi apabila pasukan ini berjaya menjinakkan pasukan lebih hebat, umpamanya Belanda dan Wales, yang menjadi pilihan sewaktu pusingan 16 pasukan terbaik.



Bagi saya, perlawanan suku akhir antara Denmak dan Republik Czech ini merupakan Battle of the underdogs, atau pertempuran dua pasukan underdog. Ia bermakna mereka setaraf dan mempunyai peluang yang sama untuk mara ke pusingan separuh akhir.



Namun, berdasarkan persembahan lalu, Denmark mempunyai kelebihan, lebih-lebih lagi selepas menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan berturut-turut.



Mereka mempunyai semangat lebih tinggi dan pemainnya ada sebab untuk melangkah lebih jauh menyusuli nasib yang menimpa rakan mereka Christian Eriksen pada awal kejohanan.



Denmark pilihan saya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >