Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Denmark jamin tempat ke Qatar; Ronaldo terus tunjuk hebat dengan hatrik

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Kapten Denmark Simon Kjaer berkata mereka "boleh pergi jauh" selepas melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 di Qatar dengan kemenangan 1-0 ke atas Austria di Copenhagen kelmarin.



Denmark mengekalkan rekod 100 peratus dalam Kumpulan F hasil gol babak kedua jaringan Joakim Maehle.



Mereka juga akan membuat perjalanan ke Timur Tengah setelah memaparkan persembahan membanggakan di Euro 2020 yang lalu di mana mereka sampai ke separuh akhir.



"Kami sudah melangkah jauh tapi ini akan hanya membuat kami lebih dahaga," kata Kjaer kepada stesen televisyen Denmark, Kanal 5.



"Kekuatan mental pasukan begitu kuat dan kami bersemangat untuk terus memperbaiki prestasi. Kami buat yang terbaik bersama dan dengan kualiti yang kami miliki, kami boleh pergi jauh."



Gol Maehle memberikan Denmark kemenangan yang wajar dengan beliau melakukan percubaan leret ke sudut gawang menyusul larian hebat Thomas Delany.



Kemenangan kelapan Denmark bererti mereka tujuh mata di depan penghuni tangga kedua Scotland berbaki dua perlawanan.



Dengan Scotland mencatat kemenangan 1-0 di saat akhir perlawanan di Faroe Islands, keputusan itu bermakna harapan Austria untuk mara ke final kini bergantung pada persembahan Liga Negara-Negara tahun lalu untuk membawa mereka ke pusingan 'play-off'.



Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia lain, Cristiano Ronaldo berjanji akan sentiasa mencari lebih banyak gol selepas merekodkan satu lagi hatrik ketika Portugal menewaskan Luxembourg 5-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia kelmarin.



Ronaldo merakamkan hatrik yang ke-58 sepanjang kerjayanya - yang ke-10 bersama Portugal - dalam perlawanan di Estadio Do Algarve itu.



Pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or berusia 36 tahun itu memenangi dan menjaringkan dua gol sepakan penalti dalam tempoh lima minit pada awal babak pertama sebelum melengkapkan hatriknya tiga minit sebelum wisel penamat dalam pertarungan yang turut menyaksikan Bruno Fernandes dan Joao Palhinha temui sasaran.



Ronaldo - yang melebarkan rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa kepada 115 gol dalam 182 penampilan - menulis dalam satu pos di Instagram:



"Satu lagi kemenangan, satu lagi langkah ke arah sasaran kami, satu lagi malam bersejarah dalam mempertahankan bendera kami!



"Segala-galanya menjadi lebih mudah apabila kami bermain di padang sendiri dan di depan penyokong yang mengambil berat tentang kami dari minit pertama hingga akhir.



"Saya berjanji akan terus berusaha menemui sasaran... ini adalah DNA saya dan DNA kami, kami tidak pernah berpuas hati, kami tidak pernah putus asa dan kami sentiasa berjuang untuk mencapai matlamat kami," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >