Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - WALES LAWAN DENMARK & ITALY LAWAN AUSTRIA

Denmark pilihan, tapi Wales yakin dengan kebolehan

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



DENMARK dan Italy dijangka menjadi pasukan pilihan untuk mara dari pusingan kalah mati ke pusingan suku-akhir dengan masing-masing dijangka mengalahkan Wales dan Austria.



Malah, pemain pertahanan Wales, Connor Roberts berkata "99 peratus pengikut bola sepak dunia" akan menyokong Denmark dalam perlawanan mereka di Amsterdam tengah malam ini (waktu Singapura).



Denmark telah menggamit imaginasi dunia dalam pertandingan ini, ekoran kejadian yang berlaku kepada pemain midfield mereka, Christian Eriksen, yang mengalami serangan jantung di tengah padang dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Finland.



Meskipun Wales melangkah ke perlawanan tersebut sebagai pasukan 'underdog', namun Roberts berkata pihak neutral pasti akan memberi sokongan mereka kepada Denmark.



"Ia pastinya sukar, tapi saya harap kami boleh melakukannya," ujar beliau.



Tambah beliau: "Saya rasa 99 peratus dunia bola sepak akan menyokong Denmark."



Bagaimanapun, Roberts menekankan, pasukan Wales fokus kepada persembahan mereka sendiri.



"Kami tahu kami juga adalah sebuah pasukan yang mantap. Kami mempunyai pemain yang baik dan kami juga mempunyai momentum setelah mempamerkan persembahan yang baik dalam dua perlawanan lalu.



"Denmark juga pasukan yang mantap dan mereka juga akan memiliki sokongan ramai. Kami menghormati mereka lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku, namun apabila kededua pasukan melangkah melepasi garisan putih padang, Wales akan memberikan segala-galanya," ujarnya.



Bekas pemain pertahanan England, Micah Richards, berkata meskipun Denmark mempunyai sokongan ramai, namun sukar untuk mengasingkan kededua pasukan itu untuk mengisytiharkan pasukan yang lebih mantap.



Menurutnya, kededua pasukan mempunyai pengalaman yang baik bermain di liga-liga utama dunia selain pemain muda yang mahu menunjukkan kebolehan mereka di pentas antarabangsa.



Salah seorang pemain berpengalaman Denmark itu ialah penjaga gawang Kasper Schmeichel.



Kapten pasukan Liga Perdana England, Leicester City itu berkata pasukan Denmark tenang menjelang perlawanan malam ini.



Menurutnya, apa yang berlaku kepada Eriksen, telah memberi beliau dan para pemain perspektif baru.



Eriksen, yang dapat diselamatkan setelah menerima rawatan kecemasan di padang, kini berada dalam keadaan stabil.



"Apa yang berlaku kepada kami telah memberi pasukan itu satu semangat perpaduan yang lebih utuh. Kami tahu di padang, kami bergantung kepada satu sama lain.



"Ia juga mengingatkan kami bahawa ada kuasa yang lebih besar dan bola sepak, walaupun penting, bukan segala-galanya. Jadi kami bersiap untuk perlawanan ini dengan perspektif lebih jelas, lebih luas mengenai matlamat kami," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >