Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Desas-desus Ronaldo sertai kelab Saudi; dibayar gaji tertinggi

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



MADRID: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo difahami telah menandatangani perjanjian untuk menyertai kelab Al Nassr dari Arab Saudi, membuka laluan bagi beliau menjadi atlet yang menerima bayaran paling tinggi dalam sejarah.



Ronaldo, 37 tahun, kini tanpa kelab - selepas beliau berpisah dengan Manchester United - dan difahami telah mencapai persetujuan dengan kelab mewah Saudi itu untuk mengikat kontrak dua setengah tahun dengan bayaran £173 juta ($283.7 juta) setahun.



Dalam laporannya, akhbar Marca di Sepanyol berkata kontrak 30 bulan itu bermakna Ronaldo akan beraksi sehingga beliau berusia 40 tahun.



Dalam tempoh itu, beliau dijangka menerima gaji $709.25 juta.



Tempoh kedua Ronaldo beraksi dalam Liga Perdana England (EPL) berakhir dengan sejarahnya di Old Trafford tercemar, selepas beliau mengutuk pengurus Erik ten Hag dalam satu wawancara televisyen dan mendakwa kelab itu mengkhianatinya.



Minggu lalu, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, memberitahu Sky News tiada pihak akan melepaskan peluang membawa Ronaldo - penjaring gol antarabangsa terbanyak dalam sejarah - ke Liga Profesional Saudi.



Dua pemain bola sepak yang menerima gaji paling lumayan pada masa ini ialah Lionel Messi, yang dibayar gaji £103.4 juta setahun di PSG dan rakan sekelab, Kylian Mbappe, yang menerima £107 juta setahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >