Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Detik hebat 700 gol Ronaldo bagi kelab

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo mencapai satu lagi detik istimewa dalam kerjaya cemerlangnya dengan menjaringkan golnya yang ke-700 di peringkat kelab dalam kemenangan Manchester United 2-1 di Everton kelmarin.



Jaringan itu membawa jumlah gol penyerang Portugal berusia 37 tahun itu untuk United dalam dua tempoh berasingan di kelab tersebut kepada 144 gol.



Beliau menyumbatkan 450 gol untuk Real Madrid, 101 gol untuk Juventus dan lima gol untuk Sporting Lisbon.



Gol kelmarin di Goodison Park itu adalah hanya yang kedua dalam musim baru ini buat Ronaldo, dengan golnya yang ke-699 muncul dalam Liga Europa semasa menentang FC Sheriff bulan lalu.



Ronaldo bermula dari bangku simpanan untuk perlawanan Everton tetapi dimasukkan untuk menggantikan Anthony Martial, yang cedera seawal minit ke-29.



Sekitar 15 minit kemudian, Ronaldo meledakkan jaringan yang terbukti menjadi gol kemenangan untuk United yang bangkit untuk menang selepas ketinggalan gol.



Pengendali Everton, Frank Lampard, dan pengurus Manchester United, Erik ten Hag, kedua-dua kagum dengan pencapaian penyerang itu.



"Ia adalah luar biasa, salah seorang pemain terhebat yang telah menyerikan permainan dalam era ketika kami mempunyai beliau dan Messi," kata Lampard.



"Perbandingan itu tidak penting, mereka berdua adalah pemain yang luar biasa dalam sejarah bola sepak. Angka yang mereka kumpulkan... angka yang tidak normal menjadi normal. Ketika dia berada di gol yang ke-699, saya mahu dia menjaringkan gol dalam Liga Europa pada malam Khamis lalu."



Ten Hag, yang kebanyakannya menggunakan Ronaldo dari bangku pemain simpanan musim ini, menambah:



"Pencapaian itu benar-benar mengagumkan. Apabila anda menjaringkan 700 gol, itu adalah prestasi yang hebat.



"Saya berkongsi gembira dengan Ronaldo... saya mengucapkan tahniah atas prestasi itu dan saya juga gembira ia adalah gol pertamanya dalam Liga Perdana musim ini - dia terpaksa menunggu lebih lama tetapi saya pasti akan ada lebih banyak gol."



Rakan sepasukan Ronaldo, Bruno Fernandes, memberitahu BT Sport: "Sukar untuk kita kira gol yang dijaringkan Ronaldo kerana setiap minggu ia kelihatan seperti rekod baru.



"Saya sangat gembira kerana dia telah bekerja keras untuk mendapatkan gol ini. Hari ini dia mendapatkan gol dan kemenangan dan itu yang paling penting baginya, bahawa pasukan menang."



Tahun lalu, Ronaldo mencipta sejarah dengan menduduki tempat teratas carta gol dalam bola sepak antarabangsa lelaki.



Dua gol untuk Portugal semasa menentang Republik Ireland membawanya kepada 111 gol untuk pasukan kebangsaannya, mengatasi Ali Daei, yang menjaringkan 109 gol untuk Iran antara 1993 dan 2006.



Di peringkat kelab, beliau juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa dalam Liga Juara-Juara dengan 140 gol - 13 lebih banyak daripada pesaing utama, Messi.



Jaringan terbaru Ronaldo turut meluaskan kelebihannya ke atas Messi dalam jumlah gol kelab yang dijaringkan, dengan penyerang Argentina itu kini pada 691 gol untuk Paris St-Germain dan Barcelona. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >