Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Detik hebat bagi Man City; Detik hebat bagi Haaland

Penyerang sensasi City catat beberapa rekod semasa jaringkan 5 gol bagi bantu pasukan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara
Mar 16, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Erling Haaland menjadi pemain ketiga dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah untuk menjaringkan lima gol dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester City membelasah RB Leipzig 7-0 pada Rabu, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 8-1.



Penyerang sensasi asal Norway itu menyamai rekod Lionel Messi dan Luiz Adriano yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara.



Beliau juga mencipta rekod kelab dengan menjaringkan 39 gol dalam satu musim, mengatasi rekod 38 gol yang dicatatkan Tommy Johnson bagi musim 1928-1929.



Pada usia 22 tahun dan 236 hari, beliau turut menjadi pemain termuda untuk mencapai angka 30 gol, mengatasi rekod Kylian Mbappe yang berusia 22 tahun dan 352 hari semasa menjaringkan gol ke-30 dalam Liga Juara-Juara.



Beliau berkata: "Ini malam yang unggul. Pertama sekali saya bangga beraksi dalam kejohanan ini, saya menyukainya. (Jaringan) lima gol! Untuk menang 7-0 adalah sesuatu yang menakjubkan.



"Banyak gol hari ini, saya tidak sangka. Saya hanya cuba untuk memasukkan bola ke dalam gawang. Kebanyakannya berlaku dengan pantas."



Beliau menjaringkan gol pertama perlawanan melalui sepakan penalti pada minit ke-22 selepas pemain bek Leipzig, Benjamin Henrichs, dihukum atas kesalahan 'handball'.



Beliau menjaringkan gol kedua 19 saat selepas pasukan lawan memulakan semula perlawanan.



Pengurus pasukan City, Pep Guardiola, menggantikan Haaland pada minit ke-62, satu langkah yang disifatkan pemerhati untuk elakkan Leipzig daripada menanggung lebih malu.



"Saya memberitahu (Guardiola) yang saya ingin jaringkan 'hatrik berganda'... tetapi apakan daya," jelas Haaland.



Perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir di padang sendiri itu turut menyaksikan Ilkay Gundogan dan Kevin De Bruyne masing-masing menyumbatkan gol pada minit ke-49 dan minit ke-90.



Kemenangan tersebut bermakna City mencatatkan kemenangan terbesar mereka dalam kejohanan Eropah.



City yang belum pernah menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara melangkah ke peringkat suku akhir buat kali keenam berturut-turut.



Sungguhpun demikian, mereka sebelum ini belum pernah memiliki penyerang dengan kualiti sehebat Haaland yang mampu membawa perbezaan.



Pada usia hanya 22 tahun, beliau kini sudah menjaringkan 33 gol dalam 25 penampilan dalam kejohanan elit Eropah itu.



Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir, Leipzig kelihatan lesu angkara ramai pemain dilanda kecederaan dan ketidakmampuan menguasai perlawanan berdepan lawan yang dibarisi ramai bintang.



Jurulatih Leipzig, Marco Rose, berkata: "Itu adalah persembahan luar biasa.



"Mereka tidak membenarkan kami mengawal permainan sama sekali, di mana-mana peringkat permainan. Keputusan mengecewakan kami tetapi mereka (City) benar-benar layak untuk mendapatnya." - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >