Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 detik lawan jadi kawan

Selain meraih pingat dan meraikan kecemerlangan, semangat Sukan Olimpik juga adalah mengenai semangat keakraban dan persahabatan. BERITA MINGGU menyenaraikan lima detik ketika semangat ini menyerlah di Tokyo 2020.
Aug 8, 2021 | 5:30 AM
Tahniah dua remaja!: Momiji Nishiya (kanan) dan Rayssa Leal (kiri). - Foto AFP
Tahniah dua remaja!: Momiji Nishiya (kanan) dan Rayssa Leal (kiri). - Foto AFP -

'Apa kata kita kongsi pingat emas'

IA memerlukan warga Italy Gianmarco Tamberi dan warga Qatar Mutaz Essa Barshim beberapa saat untuk membuat keputusan bahawa mereka ingin mengongsi pingat emas di final lompat tinggi lelaki Sukan Olimpik.

Kededua atlet terikat selepas melompat ketinggian 2.37 meter dan gagal menyempurnakan lompatan 2.39 meter setelah tiga kali mencuba.

Mereka boleh menentukannya menerusi 'jump-off' namun memilih untuk mengongsi pingat emas.

Saingan tamat, kembali bersahabat

WARGA Denmark Viktor Axelsen mengalahkan juara bertahan Chen Long untuk menang final perseorangan lelaki badminton, memusnahkan harapan pemain China itu daripada meraih dua pingat emas berturut-turut. Namun, kededua pesaing berpelukan dan bahkan bertukar-tukar baju selepas perlawanan.

Nah! Pingat emas ni awak punya!

SETELAH pasukan Amerika Syarikat menang pingat emas dalam gaya bebas berganti-ganti 4x100 meter lelaki, Caeleb Dressel mencampak pingatnya kepada Brooks Curry, yang berada di tempat duduk penonton.

Curry berenang dalam pusingan saringan, menggantikan Dressel, dan membantu pasukan ke final.

Dressel kemudian menggantikan Curry dalam final, dan dalam apa yang dilihat sebagai paparan semangat berpasukan, beliau memberi pingat emasnya kepada Curry selepas kemenangan itu.

Seteru turut rai srikandi

TATJANA SCHOENMAKER begitu terkejut setelah dapat tahu beliau telah menang pingat emas dan mencatat rekod dunia bagi kuak dada 200 meter wanita. Dengan warga Afrika Selatan itu menjadi semakin emosional, Annie Lazor dari Amerika Syarikat di lorong sebelah datang mendakapnya dengan ghairah.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi perenang AS Lilly King dan rakan sepasukan Schoenmaker, Kaylene Corbett, menyertai mereka dalam pelukan kumpulan yang mengharukan dan meriah.

Tahniah dua remaja!

MOMIJI NISHIYA dari Jepun dan Rayssa Leal dari Brazil menunjukkan bahawa mereka boleh berbaik-baik dengan kededua remaja berusia 13 tahun itu berpelukan setelah berentap dalam acara papan selaju wanita.

Nishiya menang pingat emas sementara Leal membawa pulang pingat perak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg