Topik diikuti
Pergi ke BHkuDidier Drogba mahu bersara tahun depan
Didier Drogba mahu bersara tahun depan
Didier Drogba mahu bersara tahun depan

NEW YORK: Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba, akan melabuhkan tirai kerjaya gemilangnya di akhir musim Liga Bola Sepak United (USL) pada November 2018.
Pemain asal Ivory Coast itu menang empat mahkota Liga Perdana England bersama Chelsea sepanjang kerjaya meliputi 380 perlawanan.
Drogba, 39 tahun, kini menyarung jersi kelab Phoenix Rising dalam divisyen dua liga bola sepak profesional Amerika.
"Anda mahukan berita? Tahun depan adalah musim terakhir bagi saya," kata Drogba sambil tertawa dalam satu wawancara dengan syarikat media Perancis, RMC Sports.
Apabila ditanya adakah beliau serius, Drogba berkata:
"Saya serius. Masanya sudah tiba. Apa juga yang kita lakukan pasti ada penghujungnya.
"Pada usia 39 tahun, saya masih rasa saya dapat terus bermain, tapi ia bermakna saya tidak akan mempunyai masa untuk lain-lain perkara penting dalam hidup ini.
"Saya sudah mula bermain bola sepak sejak remaja lagi.
"Kini sudah tiba masanya saya beri tumpuan kepada lain-lain perkara dalam hidup saya. Masanya memang sesuai sekarang.''
Drogba menikmati kerjaya cemerlang dengan beraksi lebih 670 kali di tahap tertinggi bersama lapan pasukan termasuk kelab Perancis Marseille dan kelab Turkey Galatarasary.
Namun, Drogba paling dikenali sebagai penyerang yang disegani ketika bersama Chelsea.
Pada Mac 2012, beliau menjadi pemain Afrika pertama yang menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana England. - Reuters.
