Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

DIGANTUNG 3 PERLAWANAN GARA-GARA GUNAKAN ISTILAH PERKAUMAN

Kesatuan Uruguay: Hukuman atas Cavani tak wajar

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



BENGALURU: Kesatuan pemain Uruguay (AFU) kelmarin menggesa Persatuan Bola Sepak England (FA) supaya menterbalikkan larangan tiga perlawanan yang diberikan kepada pemain Manchester United Edinson Cavani kerana menggunakan istilah perkauman, mengatakan hukuman itu menunjukkan visi etnosentrik badan tersebut.



Penyerang itu digantung oleh FA dan didenda £100,000 ($180,160) setelah menggunakan satu istilah dalam posnya di Instagram berikutan kemenangan 3-2 United di Southampton pada 29 November, sebelum memadamnya dan meminta maaf.



Namun, AFU mengkritik FA, mengatakan ia "melakukan tindakan diskriminasi terhadap budaya dan cara hidup orang Uruguay".



Kenyataan itu dikongsi di Twitter oleh kapten pasukan Uruguay Diego Godin.



"Edinson Cavani tidak pernah melakukan sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai perkauman," kata AFU.



"Dia hanya menggunakan ungkapan biasa di Latin Amerika untuk mengucapkan sayang kepada orang tersayang atau rakan karib.



"Hukuman itu menunjukkan visi berat sebelah, dogmatik dan etnosentrik Persatuan Bola Sepak England yang hanya membenarkan penafsiran subjektif dibuat daripada kesimpulan yang khusus dan terkecuali, meskipun ia mungkin salah.



"Kami meminta FA supaya serta-merta menterbalikkan hukuman terhadap Edinson Cavani dan mengembalikan nama baiknya di dunia yang telah dicemar secara tidak adil oleh keputusan yang patut dikecam ini."



Akademi Persuratan Uruguay, yang melindungi dan mempromosikan bahasa Sepanyol di Uruguay, juga mengutuk larangan itu minggu lalu, menyifatkan hukuman itu sebagai contoh bola sepak Inggeris yang kurang "pengetahuan budaya dan linguistik".



Cavani, yang menjaringkan empat gol untuk United musim ini, terlepas beraksi dalam kemenangan 2-1 pasukan ke atas Aston Villa Jumaat lalu, akibat penggantungan tersebut.



Pemain berusia 33 tahun itu juga akan terlepas beraksi dalam separuh akhir Piala Carabao menentang musuh ketat Manchester City hari ini serta perlawanan pusingan ketiga Piala FA berdepan Watford Sabtu ini.



Sebagai sebahagian daripada hukumannya, FA juga berkata Cavani perlu mengikuti "pendidikan secara bersemuka".



FA tidak segeraa memberi komen ketika diminta Reuters. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >