Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Diop, wira Piala Dunia Senegal meninggal

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Bekas pemain midfield Senegal, Papa Bouba Diop, yang menjaringkan gol pembukaan Piala Dunia 2002 ketika menentang juara bertahan Perancis, telah meninggal dunia pada usia 42 tahun, menurut Fifa kelmarin.



"Fifa sedih apabila mendapat tahu tentang pemergian legenda Senegal Papa Bouba Diop. Beliau pernah menjadi wira Piala Dunia, dan akan selalu menjadi wira Piala Dunia," kata Fifa dalam satu kenyataan di Twitter.



Badan induk bola sepak dunia itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut, namun beberapa laporan media menyatakan Diop meninggal dunia selepas menghidap penyakit yang ditanggungnya sekian lama.



Jaringan Diop pada minit ke-30 sewaktu perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 menentang Perancis, memastikan kemenangan 1-0 bagi pasukan yang muncul buat julung kalinya dalam pertandingan itu. Pasukan Perancis disingkirkan di peringkat kumpulan tanpa menjaringkan sebarang gol.



Diop, yang pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana England (EPL) Fulham, Portsmouth dan West Ham, kemudian menjaringkan dua lagi gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Uruguay dalam saingan peringkat kumpulan untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan itu yang berjaya melangkah ke pusingan suku akhir.



Pemain midfield pertahanan yang versatil itu membuat 63 penampilan untuk pasukan negara, dengan menjaringkan 11 gol. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >