Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Diroy lebih pengalaman, lebih bersemangat

Temasya Sukan Paralimpik kedua bagi atlet-para negara ini yang akan beraksi dalam acara lontar peluru besi
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



LIMA tahun lalu, atlet-para negara Muhammad Diroy Noordin diberitahu bahawa beliau akan mewakili Singapura di Sukan Paralimpik Rio, dua minggu sebelum pembukaan tirai temasya sukan berprestij itu.



Meskipun kurang persiapan, beliau merebut peluang keemasan itu dan berangkat ke Brazil untuk bertanding di kalangan atlet-para terbaik dunia.



Diroy, dalam penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik, bersaing dalam acara lontar peluru besi kategori F40 dan baling lembing F40 lelaki di Rio 2016.



Ini setelah Singapura diberikan slot tambahan dalam sukan atletik menyusuli larangan pada penyertaan atlet Russia oleh Jawatankuasa Sukan Paralimpik Antarabangsa.



Pada asalnya, Singapura hanya diberi kuota menghantar seorang atlet lelaki - yang diisi atlet lompat tinggi Suhairi Suhani - dan seorang atlet wanita - pelumba kerusi roda Norsilawati Sa'at - dalam sukan itu.



Kini, Diroy, 29 tahun - lebih berpengalaman dan lebih bersemangat - kembali beraksi di pentas terbesar sukan itu di Tokyo!



"Pada 2016, ketika diberitahu saya akan ke Sukan Paralimpik, saya tidak fikir panjang dan rebut sahaja peluang yang ada, dan berikan prestasi terbaik saya di sana.



"Tetapi, kali ini, dengan tambahan setahun kerana penangguhan Sukan Paralimpik, ia benar-benar beri saya lebih banyak masa untuk fokus dan perbaiki cara melontar peluru besi serta diri saya sendiri."



Sukan Paralimpik Tokyo 2020, yang ditangguhkan selama setahun akibat pandemik Covid-19, akan berlangsung mulai hari ini hingga 5 September.



Pada Jun lalu, Diroy diumumkan menjadi sebahagian kontinjen Team Singapore untuk bersaing di Sukan Paralimpik Tokyo.



Singapura akan diwakili 10 atlet-para daripada enam cabang sukan - angkat berat, atletik, berbasikal, ekuestrian, memanah dan renang - di Tokyo.



Diroy, yang dilahirkan dengan kondisi kekerdilan (dwarfism), akan bersaing dalam acara lontar peluru besi F40 lelaki pada 29 Ogos ini.



Bagaimanapun, dengan lebih waktu persiapan, ia juga bermakna jangkaan yang lebih besar terletak di bahunya.



Diroy akur bahawa beliau kini tiada alasan untuk tidak memperbaiki jarak lontar peluru 7.29 meter yang dicatatkannya di Rio 2016. Keputusan itu menempatkan beliau di tempat kesembilan.



"Ya, pastinya orang ramai akan mengharapkan saya untuk lakukan lebih baik kali ini. Slot penyertaan ini tidak diberikan pada saat-saat akhir. Kali ini, mereka beri saya lebih banyak masa berlatih untuk tunjukkan persembahan terbaik," kata beliau, yang berlatih enam hari seminggu di bawah bimbingan bekas pelari pecut nasional Muhamad Hosni Muhamad.



Namun, Diroy turut yakin bahawa beliau dapat mencapai matlamat itu, setelah "menyaksikan diri saya menjadi lebih baik tahun demi tahun".



Ini termasuk mencatatkan keputusan terbaik peribadinya dalam lontar peluru, 9.78 meter, di Percubaan Persembahan 2 Persatuan Atletik Singapura pada Jun lalu.



Diroy menambah bahawa Sukan Paralimpik Tokyo merupakan pertandingan luar negara pertamanya sejak lebih setahun pandemik melanda dunia.



Oleh itu, persiapannya dihadkan kepada hanya pertandingan tempatan, yang kebanyakannya tidak menawarkan sukan-para.



Namun, untuk mendedahkan dirinya kepada suasana pertandingan yang sebenar, Diroy menyahut cabaran bersaing bersama atlet berupaya.



"Pertandingan sebegini mencabar diri saya," kata Atlet-Para Lelaki Terbaik di Anugerah Sukan Kurang Upaya 2019 itu.



"Jika anda ingin lakukan sesuatu dengan baik, bukan sahaja dalam sukan, anda harus terus berusaha gigih dan jangan putus asa," tambahnya.



Edisi Sukan Paralimpik Tokto kali ini juga lebih istimewa buat Diroy, yang juga dipilih sebagai pembawa bendera Singapura di majlis pembukaan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.




KONTINJEN TEAM SINGAPORE DI SUKAN PARALIMPIK TOKYO



ANGKAT BERAT:



Nur' Aini Mohamad Yasli

(45 kilogram wanita)



ATLETIK:



Muhammad Diroy Noordin

(Lontar peluru besi F40 lelaki)



BERBASIKAL (JALAN RAYA & TREK):



Steve Tee & rakan pertandingan Ang Kee Meng (Acara jalan raya - Percubaan masa lelaki B; Acara trek - Percubaan masa 1,000m lelaki B & Kejar-mengejar perseorangan 4,000m lelaki B)



EKUESTRIAN:



Laurentia Tan

(Ujian perseorangan Gred 1, Ujian gaya bebas perseorangan Gred 1 & Ujian pasukan pada muzik)



Gemma Rose Foo

(Ujian perseorangan Gred 1, Ujian gaya bebas perseorangan Gred 1 & Ujian pasukan pada muzik)



Maximillian Tan

(Ujian perseorangan Gred 2, Ujian gaya bebas perseorangan Gred 2 & Ujian pasukan pada muzik)



MEMANAH:



Nur Syahidah Alim

(Terbuka 'compound' perseorangan wanita)



RENANG:



Yip Pin Xiu

(Kuak lentang 50m wanita S2 & Kuak lentang 100m wanita S2)



Sophie Soon

(Kuak dada 100m wanita SB12 & Kupu-kupu 100m wanita S13)



Toh Wei Soong

(Gaya bebas 50m lelaki S7, Kupu-kupu 50m lelaki S7 & Gaya bebas 400m lelaki S7)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >