Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Ditawar kontrak enam bulan lagi di Jepun

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



KATA orang, penantian itu satu penyeksaan.



Namun, bagi pemain pertahanan Singapura Rosnani Azman, detik yang dinanti-nantikan untuk bermain di padang Jepun pastinya berbaloi.



Dua minggu lalu, Rosnani, 25 tahun, membuat penampilan sulungnya di Jepun apabila beliau dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-60 untuk Kibi International University (KIU) Charme dalam Liga 2 Nadeshiko, iaitu pertandingan tahap ketiga bola sepak wanita Jepun.



Pencapaian itu menjadi lebih manis lagi apabila pada awal minggu ini, beliau ditawarkan kontrak baru untuk kekal bermain di Jepun bersama KIU Charme untuk sekurang-kurangnya lagi enam bulan sehingga hujung tahun ini.



Rosnani menjadi pemain bola sepak wanita Singapura pertama untuk bermain dalam liga tertinggi bola sepak wanita Jepun, Liga Women Empowerment (WE), menandatangani kontrak selama setahun bersama International Athletic Club (INAC) Kobe Leonessa September tahun lalu.



Beliau adalah hanya pemain pasukan wanita Singa kedua untuk bermain bola sepak secara profesional.



Namun, demi mendambakan lebih banyak peluang beraksi selepas tempohnya di INAC dihimpit kecederaan dan kesukaran untuk menyesuaikan diri pada tahap pertandingan tinggi, beliau dipinjamkan kepada KIU Charme sejak Februari lalu.



Kontraknya bersama INAC berakhir pada hujung bulan ini dan Rosnani akan ditandatangani sebagai pemain KIU Charme mulai 1 Julai.



Mengimbas kembali detik beliau kali pertama menjejakkan kaki dalam perlawanan kompetitif di Jepun, Rosnani memberitahu Berita Harian:



"Saya sebenarnya agak terkejut apabila dipanggil untuk memanaskan badan sebab perlawanan sebelumnya saya terpilih dalam skuad tapi tidak diturunkan.



"Sebelum masuk ke padang, perasaan saya bercampur baur - ada rasa ghairah, gementar dan 'pecutan adrenalin' untuk bermain.



"Ia detik yang sangat istimewa buat saya sebab saya sudah berada di Jepun selama kira-kira 10 bulan. Jadi, untuk saya mendapat penampilan pertama saya, ia adalah segala-galanya bagi saya."



Tawaran kontrak yang melanjutkan tempohnya di Jepun juga muncul sebagai satu kejutan bagi Rosnani.



"Saya sebenarnya menantikan pelanjutan kontrak ini tapi tidak sangka saya berjaya memperolehnya sebab saya baru saja membuat penampilan pertama saya.



"Saya rasa gembira dan rendah diri untuk diberi peluang ini," kongsi beliau, yang sudah 31 kali menyarung jersi Singapura.



"Saya berharap perkara baik akan terus berlaku pada saya...Dan bahawa cita-cita serta semangat saya untuk bermain di tahap tertinggi terus membara.



"Saya sering mengingatkan diri bahawa tidak kira betapa sukarnya keadaan, ia pasti ada jalan keluarnya...Saya hanya harus berusaha gigih," tambahnya.



Namun, dengan komitmen kelabnya di Jepun, Rosnani tidak dapat pulang ke tanah air untuk beraksi dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' menentang Hong Kong di Stadium Jalan Besar minggu ini, sebagai persiapan bagi Kejohanan Wanita AFF bulan depan.



Ini meskipun beliau disertakan dalam skuad sementara seramai 29 pemain bagi pertandingan Asia Tenggara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >