Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dituduh rogol, ugut bunuh: Pemain Man U Greenwood bebas dengan ikat jamin

Feb 4, 2022 | 5:30 AM
MASA DEPAN GOYAH?: United telah menggantung Greenwood dan berkata pemain itu tidak akan kembali berlatih atau bermain bagi kelab tersebut hingga notis selanjutnya. - Foto REUTERS
MASA DEPAN GOYAH?: United telah menggantung Greenwood dan berkata pemain itu tidak akan kembali berlatih atau bermain bagi kelab tersebut hingga notis selanjutnya. - Foto REUTERS -

MANCHESTER: Penyerang Manchester United Mason Greenwood telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut, kata polis kelmarin, selepas pemain berusia 20 tahun itu ditangkap kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita.

Greenwood ditahan semula Selasa lalu kerana disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan bunuh. Mangsa dikatakan adalah teman wanita Greenwood, Harriet Robson, seorang pelajar berusia 18 tahun.

Gambar, video dan rakaman suara yang dikatakan menunjukkan Greenwood, 20 tahun, menyerang dan mendera temanitanya itu secara seksual dimuat naik di laman Instagram wanita itu Ahad lalu dan tular di media sosial, tetapi ia kemudian dipadamkan.

Gambar dan video itu menunjukkan badan wanita tersebut berdarah dan lebam serta bibirnya kelihatan ditumbuk. Dalam rakaman suara itu, Greenwood didengari menuntut seks di luar kehendak wanita berkenaan.

"Seorang lelaki berusia 20 tahun yang ditahan (pada 30 Januari) kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut," kata Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan kelmarin.

United telah menggantung Greenwood, dan menyatakan pemain itu tidak akan kembali berlatih atau bermain bagi kelab tersebut hingga notis selanjutnya. Kelab itu Selasa lalu mengulangi "kutukan keras terhadap sebarang jenis keganasan".

Jenama gergasi pakaian sukan Nike Isnin lalu berkata ia telah menggantung hubungannya dengan Greenwood kerana bimbang mengenai dakwaan terhadap pemain itu. - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg