Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Djokovic akan beraksi di Olimpik Tokyo

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic mengesahkan beliau akan beraksi di sukan Olimpik Tokyo, yang akan memberinya peluang untuk menjadi pemain lelaki pertama meraih Grand Slam Emas dalam tahun sama.



Djokovic, yang menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam selepas memenangi kejohanan Wimbledon keenamnya minggu lalu, sebelum ini berkata beliau tidak pasti sama ada akan mengambil bahagian dalam Olimpik tahun ini.



Bagaimanapun kelmarin, menulis di Twitter, pemain berusia 34 tahun itu berkata bahawa beliau gembira dapat bersama pasukan Serbia untuk temasya sukan sedunia itu yang akan berlangsung minggu depan.



"Saya menempah tiket ke Tokyo dan akan menyertai #TeamSerbia untuk Olimpik.



"Dengan penuh rasa bangga saya bersiap untuk ke Tokyo dan menyertai pasukan kebangsaan merebut pingat paling bersinar di arena Olimpik.



"Bagi saya mewakili Serbia amat istimewa dan saya akan cuba membuatkan kami semua gembira," kata Djokovic.



Djokovic sudahpun memenangi gelaran Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini.



Beliau memerlukan emas Olimpik dan kemudian gelaran Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadi pemain lelaki pertama memenangi Grand Slam Emas.



Pencapaian berkenaan hanya pernah dilakukan oleh pemain wanita, Steffi Graff yang memenangi kesemua empat gelaran utama pada 1988.



Peluang Djokovic untuk meraih emas di Tokyo dijangka lebih cerah selepas keputusan pencabar utamanya, Roger Federer dan Rafael Nadal tidak beraksi di kejohanan itu.



Juara Terbuka AS, Dominic Thiem juga tidak akan bertanding.



Djokovic memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan di Olimpik 2008 di Beijing, selepas tewas kepada Nadal pada separuh akhir sebelum menewaskan James Blake dari AS bagi merebut tempat ketiga.



Di London pada 2012, Djokovic pembawa bendera kontinjen Serbia pada majlis pembukaan temasya tetapi sekali lagi tewas pada separuh akhir di tangan Andy Murray.



Beliau tewas kepada Juan Martin del Potro untuk pertarungan penentuan pingat gangsa. Del Potro turut menewaskannya empat tahun kemudian di Olimpik Rio. - AFP, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >