Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Djokovic dipaksa kerja keras sebelum mara ke suku akhir

Jul 5, 2022 | 5:30 AM
BERSALAMAN DI AKHIR PERTARUNGAN: Pilihan utama, Novak Djokovic (kanan), memuji prestasi yang ditunjukkan pencabarnya dari Belgium, Tim van Rijthoven. - Foto EPA-EFE
BERSALAMAN DI AKHIR PERTARUNGAN: Pilihan utama, Novak Djokovic (kanan), memuji prestasi yang ditunjukkan pencabarnya dari Belgium, Tim van Rijthoven. - Foto EPA-EFE -

LONDON: Juara Wombledon sebanyak enam kali, Novak Djokovic, mara ke suku akhir kejohanan kali ini manakala Roger Federer yang dibelenggu kecederaan menyatakan hasrat untuk beraksi sekali lagi di All England Club.

Turun sebagai pilihan utama, Djokovic yang memburu rekod Pete Sampras sebagai juara tujuh kali, menewaskan pemain wild-card dari Belanda, Tim van Rijthoven, 6-2, 4-6, 6-1, 6-2.

Jaguh Serbia itu seterusnya akan menentang pilihan ke-10, Jannik Sinner, untuk tempat ke separuh akhir selepas pemain Italy itu menewaskan pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz.

"Beliau merupakan lawan yang cukup sukar. Saya tidak pernah berdepan dengannya sebelum ini.

"Beliau mempunyai servis dengan deras, pukulan mantap dan sentuhan menarik," kata Djokovic, memuji lawannya.

Djokovic melepasi set pembukaan di Centre Court dengan memenangi break point pada set kedua dan kelapan.

Namun, Van Rijthoven mengejutkan pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 20 kali itu dengan menyamakan kedudukan, memenangi set kedua dengan pukulan ace ke-13-nya dalam perlawanan itu.

Harapannya untuk mencatatkan kejutan bagaimanapun tidak kesampaian apabila Djokovic kembali menunjukkan prestasi terbaiknya untuk memenangi dua baki set berikut.

Awal sebelum itu, aksi di gelanggang utama bermula dengan 'perarakan' juara-juara Wimbledon sebagai memperingati ulang tahun ke-100 pertandingan itu.

Turut tampil ialah pemain kegemaran peminat yang juga juara lapan kali Federer, yang tidak beraksi kali ini akibat kecederaan lutut.

"Saya harap dapat kembali sekali lagi. Saya rindu bermain di sini," kata Federer yang bakal mencecah usia 42 tahun.

Kali terakhir beliau beraksi di Wimbledon ialah edisi tahun lalu apabila beliau tersingkir di pusingan suku akhir.

Dalam saingan wanita, pemain nombor dua dunia, Ons Jabeur, kekal di landasan untuk memburu gelaran Grand Slam pertamanya selepas menewaskan pemain Belgium, Elise Mertens, 7-6 (11/9), 6-4.

Pemain Tunisia itu kini menjadi pilihan menjuarai perseorangan wanita selepas pemain nombor satu dunia Iga Swiatek tersingkir Sabtu lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg