Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

TERBUKA PERANCIS

Djokovic menang tanpa sorakan penonton

Pemain nombor 1 dunia itu akan bertemu Nadal dalam separuh akhir
Jun 11, 2021 | 05:30 AM

PARIS: Novak Djokovic yang bermain dengan penuh tekad berjaya mengatasi cabaran yang diberikan oleh Matteo Berrettini dari Italy untuk memenangi perlawanan suku akhir 6-3, 6-2, 6-7(5), 7-5 dan melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Beliau akan bertemu juara bertahan Rafael Nadal di peringkat itu.

Djokovic, 34 tahun berteriak beberapa kali selepas menjamin kemenangan dalam perlawanan yang pada mulanya kelihatan seperti kemenangan berada dalam genggamannya.

Namun Berrettini berjuang untuk memberi saingan hebat kepada warga Serbia itu, tetapi akhirnya tidak berdaya untuk mengadang lawannya daripada melangkah ke separuh akhir Grand Slam yang ke-40 dalam kerjayanya. Beliau adalah pemain tenis kedua berbuat demikian selepas Roger Frederer.

Disaksikan sekitar 5,000 penonton, Djokovic dan Berrettini memberikan pertunjukkan tenis yang hebat, dan perlawanan berlanjutan sehingga melebihi masa perintah berkurung Covid-19 - yang bermakna penonton terpaksa beredar sebelum perlawanan berakhir.

Permainan terpaksa dihentikan untuk mengarahkan penonton pulang susulan peraturan hanya membenarkan kehadiran sehingga jam 11 malam.

Djokovic mendahului perlawanan 3-2 apabila perintah berkurung bermula dan apabila perlawanan dimulakan semula, terjatuh, mencederakan tangannya.

Namun, Djokovic bangkit untuk merampas perlawanan apabila Berrettini memukul serve dengan perlawanan menjadi 5-6.

Berrettini, yang juga pilihan kesembilan pertandingan itu, menyelamatkan dua mata perlawanan, termasuk mata kedua yang menyaksikannya memukul 'forehand' kencang.

Mata yang hilang itu juga mendorong Djokovic menendang papan iklan dengan kecewa.

Namun Djokovic berjaya memenangi mata yang diingin itu selepa Berrettini memukul bola ke jaring selepas 'rally' berpanjangan.

Lantas, Djokovic, dengan mata mendelik ke atas berteriak sekuat-kuatnya, suaranya bergema di Gelanggan Philippe Chatrier yang kini tandus penonton.

Ia adalah kesudahan perlawanan yang dimahukan Djokovic dan menunjukkan keinginannya untuk memenangi kejuaraan Terbuka Perancis kedua, selepas memenangi Grand Slam itu pada 2016.

Sejak tahun itu, Nadal sukar ditewaskan di Terbuka Perancis, melanjutkan rekodnya ke 13 kejuaraan, termasuk yang ke-13 pada Oktober lalu, apabila beliau membelasah Djokovic di final.

Berbekal memori perlawanan itu, separuh akhir antara kededua pemain yang bakal menjelang menjanjikan aksi tenis yang hebat.

Namun Djokovic menyangkal sebarang cadangan bahawa beliau mempunyai motivasi tambahan untuk mara ke separuh akhir untuk bertemu Nadal.

"Tidak sama sekali, tapi perlawanan ini mempunyai segala-galanya... ornag yang jatuh, penyokong dan perlawanan yang tergendala," kata Djokovic.

"Ia hanya satu perlawanan yang penuh tekanan dan reaksi saya di akhir perlawanan menunjukkan tekanan yang kini hilang," kata beliau lagi, dengan pengetahuan perlawanannya dengan Nadal di separuh akhir malam nanti - kali ke-58 kededua pemain ini bertemu - akan diringi tekanan baru. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3