Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Doping: Dayana Yastremska digantung sementara, nafi guna dadah

Jan 9, 2021 | 5:30 AM
UJIAN TERCEMAR?:Dayana Yastremska percaya ujian positif dopingnya disebabkan "kejadian pencemaran". - Foto REUTERS
UJIAN TERCEMAR?:Dayana Yastremska percaya ujian positif dopingnya disebabkan "kejadian pencemaran". - Foto REUTERS -

ENGLAND: Pemain tenis wanita nombor 29 dunia Dayana Yastremska berkata beliau "terkejut" dikenakan larangan sementara kerana gagal ujian doping.

Kelmarin, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan Yastremska, 20 tahun, diuji positif bagi metabolit mesterolone, sejenis agen anabolik, dalam ujian luar pertandingan pada November.

"Yastremska ada (dan mengekalkan) hak memohon kepada Ketua Tribunal Bebas yang bersidang bagi membicarakan kesnya tentang mengapa Penggantungan Sementara tidak harus dikenakan, tetapi memilih tidak menggunakan hak itu hingga kini," kata ITF dalam satu kenyataan.

Menafikan mengambil dadah, Yastremska, warga Ukraine yang memenangi tiga kejuaraan WTA, berkata: "Saya dengan tegas menyatakan saya tidak pernah menggunakan sebarang ubat meningkatkan persembahan atau sebarang bahan terlarang."

Pemain yang pernah menduduki ranking setinggi nombor 21 di dunia itu percaya ujian positif tersebut disebabkan "kejadian pencemaran".

"Saya hairan dan terkejut, terutamanya memandangkan dua minggu sebelum ujian ini, saya diuji negatif dalam acara WTA di Linz," katanya.

"Hanya konsentrasi metabolit mesterolone sangat rendah dikesan dalam air kencing saya. Memandangkan konsentrasi rendah dan memandangkan ujian negatif saya dua minggu sebelumnya, saya menerima nasihat saintifik bahawa keputusan selaras sejenis kejadian pencemaran.

"Disebabkan kerahsiaan prosiding, anda akan faham saya tidak boleh berkongsi maklumat lanjut buat masa ini. Tetapi, saya sedang bekerjasama dengan pasukan saya dan anda boleh yakin bahawa saya bertekad melakukan segalanya untuk membersihkan nama saya."

Beliau dituduh melanggar antidoping pada 22 Disember dan penggantungan sementara itu bermula 7 Januari. Tanpa tarikh perbicaraan diumum, penyertaannya dalam Terbuka Australia yang bermula 8 Februari kini menjadi tanda tanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg