Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN GOLF AMATUR ASIA-PASIFIK 2018

Dorongan besar sebelum Hadi sertai jelajah profesional

Antara enam pemain dipilih wakili Singapura di kejohanan berprestij yang tampilkan 120 pemain amatur terbaik rantau ini
Sep 22, 2018 | 05:30 AM



HAMPIR pasti ia adalah kejohanan amatur terakhirnya sebelum mengorak langkah sebagai pemain profesional.



Jadi seboleh-bolehnya, bakat muda golf setempat, Abdul Hadi Uda, menaruh harapan mencatatkan keputusan yang baik apabila tampil bersama lima rakan senegaranya di Kejohanan Golf Amatur Asia-Pasifik (AAC) yang akan diadakan di Kelab Golf Sentosa bulan depan.



Menampilkan 120 pemain terbaik dari 39 negara, kejohanan ini dianggap antara yang paling berprestij dalam arena golf amatur di rantau ini - dan tentu sekali menjadi dorongan besar sebelum Hadi mengorak langkah dalam lilitan profesional sukan ini pada hujung tahun ini nanti.



Ini juga penampilan Hadi yang kelima di AAC sejauh ini dengan pencapaian terbaiknya ialah pada edisi tahun lalu yang berlangsung di Wellington, New Zealand, apabila jaguh golf berusia berusia 23 tahun itu menduduki tangga bersama ke-17.



"Saya bermain golf secara sepenuh masa sekarang dan jika tiada kejohanan, saya berlatih setiap hari," ujar Hadi semasa dihubungi sebelum beliau berangkat ke Osaka, Jepun, kelmarin, bagi bersaing di pusingan kelayakan Tahap 2 Jelajah Golf Jepun (Japan Golf Tour) yang akan diadakan di Kelab Golf Ono Toyo mulai Selasa hingga Jumaat depan.



"Saya gembira dengan persiapan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu... inilah masanya untuk melihat hasilnya.



"Yang penting ialah saya tidak tidak meletakkan jangkaan yang terlalu berlebihan, sebaliknya memberi fokus kepada apa yang saya boleh kuasai iaitu... fikiran, emosi serta proses melakukan pukulan-pukulan dengan baik," tambah Hadi yang menjadikan jaguh golf negara Mardan Mamat sebagai mentornya.



Ditanya mengenai rancangannya menjadi pemain profesional selepas AAC nanti, Hadi akur segalanya masih belum jelas tetapi beliau akan berusaha mendapatkan 'kad jelajah' (tour card) untuk layak beraksi dalam Jelajah Golf Jepun (Japan Golf Tour), Jelajah Asia (Asian Tour) dan Jelajah China PGA (PGA Tour China).



"Cabaran dan saingan dalam arena profesional tentunya berbeza daripada golf amatur tetapi langkah pertama saya ialah terus bekerja keras dalam usaha mencapai matlamat saya (menjadi pemain profesional)," tambah lulusan kursus Diploma dalam Pengurusan Sukan dan Riadah dari Politeknik Republic (RP) itu lagi yang juga telah menamatkan perkhidmatan negaranya (NS) lebih empat bulan lalu.



Selain Hadi, Singapura akan menampilkan lima pemain lain - didahului oleh Gregory Foo serta Joshua Ho, Low Wee Jin, Lucius Toh dan Donovan Lee - di AAC kali ini.



Menduduki tangga ke-111 dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR), Foo adalah pemain di tangga tertinggi di kalangan rakan-rakannya yang lain itu.



Insentif hebat menanti pemenang kejohanan ini - dengan juara AAC berpeluang mendapat undangan impian untuk beraksi di Kejohanan Masters di Augusta, Amerika Syarikat, dan di edisi ke-148 kejohanan The Open (Terbuka British) di Royal Portrush pada tahun depan - dengan syarat beliau mengekalkan status amaturnya.



Naib juara pula berpeluang mendapat tempat dalam siri kelayakan The Open.



Bagi keenam-enam wakil Singapura itu, kejayaan muncul juara akan juga menyaksikan mereka mengukir sejarah unik - menjadi hanya pemain ketiga dalam sejarah sukan ini untuk menjadi juara apabila kejohanan berlangsung di negara sendiri, menyertai pemain Jepun Hideki Matsuyama yang menang pada 2011 dan pemain Australia Antonio Murdaca yang menang pada 2014.



Edisi ke-10 AAC ini akan diadakan pada 4-7 Oktober ini di Padang New Tanjong, Kelab Golf Sentosa. Tiada bayaran dikenakan ke atas peminat. Kejohanan kali ini disokong 3M, AT&T, Mercedes-Benz, Samsung, UPS, Delta, Rolex dan IBM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >