Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: PEMINDAHAN PEMAIN

Dortmund tolak tawaran $126j United bagi Jadon Sancho

Kelab Jerman sebaliknya tuntut $152j untuk penyerang berbisa England berusia 21 tahun
Jun 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tawaran £67 juta ($125.6 juta) Manchester United bagi mendapatkan pemain sayap England Jadon Sancho ditolak oleh Borussia Dortmund.



Kelab Jerman itu mahu sekitar £77.5 juta bagi pemain berusia 21 tahun tersebut, dengan tambahan bayaran bonus £4.25 juta melebihi harga yang dimintanya itu.



BBC Sport juga difahamkan bahawa selain bayaran pemindahan tidak cukup tinggi, United ingin membuat bayaran sepanjang tempoh lima tahun sedangkan Dortmund hanya mahu tempoh empat tahun.



United sedang menimbangkan apakah ia harus menyemak tawarannya.



Kelab Old Trafford itu mahu mengelak mengulangi kejadian 12 bulan lalu, apabila Dortmund menetapkan bayaran bagi pemindahan Sancho tetapi ia cuba mengurangkannya kerana yakin bahawa pasukan Bundesliga itu akan akhirnya menjual pemain tersebut pada harga lebih rendah.



Akhirnya, Dortmund enggan berganjak dan Sancho kekal bersama kelab itu.



Ditanya BBC Radio 5 Live apakah bermain di Jerman menyumbang kepada kejayaannya di padang, Sancho mengatakan ia "tentunya telah memainkan peranan besar".



Beliau menambah: "Dua tahun pertama sukar disebabkan bahasa dan pelbagai perkara, tetapi saya telah menyesuaikan diri dengan sangat baik dan mendapat peluang saya dengan gembiranya. Saya merebut peluang itu.



"Dortmund adalah sebuah bandar sunyi, a senang untuk pergi latihan dan balik rumah. Peminat suka bola sepak dan ini adalah satu perkara baik.



"Tidak dapat berada dekat dengan keluarga saya adalah satu perkara (yang saya tidak nikmati) tetapi ia sebahagian daripada hidup.



"Saya tidak begitu fokus pada media, saya hanya fokus pada diri sendiri dan apa yang saya perlu buat di padang."



Dortmund mempunyai janji mulut bersama Sancho bahawa mereka akan membenarkan beliau meninggalkan kelab itu sekiranya ada kelab menawarkan bayaran yang mencapai penilaian mereka sebelum satu masa tertentu pada musim panas ini, yang mungkin bertepatan dengan tarikh kepulangannya ke kelab selepas tugasnya bersama England di Kejuaraan Eropah.



Dalam kalangan bintang muda utama lain mereka, termasuk Erling Braut Haaland dan Jude Bellingham, Sancho satu-satunya pemain yang Dortmund ingin jual pada musim panas ini.



Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer berminat untuk mencapai persetujuan bagi perjanjian itu, dan telah mengenal pasti pemain serangan bahagian kanan itu sebagai salah satu keutamaannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >