Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua atlet e-sukan Amraan, Syakir, wakili S'pura ke perlawanan antarabangsa FIFA eNations

Apr 28, 2021 | 11:29 PM



DUA belia penggiat e-sukan, Amraan Gani dan Muhammad Syakir dipilih mewakili Singapura dalam perlawanan e-sukan antarabangsa, FIFA eNations series 2021, sebagai sebahagian inisiatif sejagat antara jenama global hiburan interaktif digital EA Sports dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).



Perlawanan ini akan menyaksikan penglibatan wakil daripada sejumlah 60 negara yang mengambil bahagian dan beradu kemahiran dalam permainan video terkenal, FIFA21.



Mengumumkan demikian dalam satu kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata Amraan dan Syakir dipilih berdasarkan kedudukan mereka dalam permainan siri sejagat FIFAe Global Series.



Amraan malahan berada di kedudukan kesembilan manakala Syakir di kedudukan ke-11 dalam senarai pemain Zon Asia Timur terbaik dari sejumlah 139 pemain yang bertanding dalam e-sukan ini.



Semua pasukan sedunia akan bertanding dalam pusingan kelayakan dalam talian di lima zon serantau, Asia & Oceania, Timur Tengah dan Afrika, Eropah, Amerika Selatan serta Amerika Utara dan Tengah.



Singapura akan bertanding di dalam zon Asia & Oceania yang menampilkan 10 negara peserta yang terbahagi kepada dua kumpulan. Singapura berada dalam Kumpulan B bersama China, Hong Kong, Indonesia dan Korea Selatan.



Kumpulan A pula terdiri daripada Australia, Jepun, Malaysia, New Zealand dan Filipina.



Semua pusingan kelayakan dari zon ini akan berlangsung antara 29 April hingga 1 Mei.



Format pertandingan memerlukan peserta bersaing menerusi wadah Sony Playstation 4 sekali disusuli dengan Microsoft Xbox. Dua pasukan paling handal dalam setiap kumpulan kemudian beralih ke pusingan kalah mati di mana pemenang dari satu kumpulan akan bersaing dengan kumpulan naib juara dalam kumpulan yang satu lagi.



Sebanyak 24 pasukan paling cemerlang daripada lima pusingan kelayakan serantau ini akan bersaing dengan satu sama lain bagi Piala FIFA eNAtions yang akan diadakan di Copenhagen, Denmark antara 20 hingga 22 Ogos.



Semua sesi perlawanan akan distrim secara langsung di laman Facebook FAS.



Jika Singapura layak menduduki dua tempat teratas, mereka akan mara ke pusingan kalah mati pada 1 Mei dan berdepan dengan salah satu daripada dua pemenang handalan dari Kumpulan A.



Amraan, pemain e-sukan profesional daripada Team Flash yang telah bermain FIFA sejak edisi 2012 dan menghabiskan masa purata antara 15 hingga 20 jam bagi mengasah kemahirannya, berkata:



"Saya sangat bangga dapat mewakili Singapira dalam perlawanan ini dan ia merupakan peluang keemasan bagi kami mengharumkan nama Singapura. Matlamat saya adalah untuk memberikan yang terbaik dalam peringkat kumpulan untuk layak ke Piala FIFA eNations di Denmark," jelas Amraan, 27 tahun.



Syakir yang menghabiskan sekitar 10 hingga 15 jam seminggu bagi sesi latihan mingguan mula bermain permainan video sekecil usia lima tahun. Minatnya terhadap permainan video tercetus setelah mendapat tempat keempat dalam perlawanan Campus Gamefest pada 2015. Kejayaan itu mendorongnya bermain e-sukan secara profesional.



"Inilah peluang bukan calang-calang bagi saya mewakili Singapura. Sejauh ini, saya selalu bermain untuk diri sendiri tetapi kini saya diberi peluang mewakili negara saya. Saya tentunya akan berikan yang terbaik.



"Sebagai seorang anak kecil dahulu, impian saya adalah bermain bola sepak buat Singapura tetapi impian itu terhalang kerana kecederaan yang saya alami bagi tempoh yang panjang. Justeru, saya kira mewakili Singapura dalam arena maya adalah peluang terbaik (selepas impian pertama tidak kesampaian)," ujar pemuda berusia 25 tahun itu.



Menurutnya, pemain Singapura mencatat kecemerlangan dalam sukan FIFA Global Series dengan negara ini mula menampakkan taringnya di rantau Asia Timur.



"Kami pastinya mempunyai peluang baik kali ini dan impian utama saya adalah melayakkan diri ke Piala FIFA eNations di Denmark pada Ogos. Mudah-mudahan, kami dapat membanggakan Singapura," tambah Syakir.



Dua belia ini menanti masa mempamerkan kemahiran mereka di wadah antarabangsa dan secara senyap-senyap yakin dapat melayakkan diri dalam pusingan kalah mati.



"Sejak penyertaan tahun lalu dalam Piala StayAndPlay, saya bekerja keras memperbaiki prestasi dalam permainan saya dan banyak berlatih. Dengan Syakir sebagai rakan sepasukan, saya yakin kami dapat berikan yang terbaik buat pusingan kelayakan dan mara ke pusingan selanjutnya," tambah Amraan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >