Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua atlit Melayu kurang upaya dapat anugerah

Feb 27, 2014 | 01:32 PM



DUA atlit Melayu kurang upaya menerima Anugerah Merit kerana pencapaian cemerlang mereka dalam satu majlis makan malam amal bagi menyambut ulang tahun ke-40 dan Malam Anugerah Sukan 2014 Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) yang diadakan malam tadi.


Muhammad Firdaus Nordin, yang memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 400m perlumbaan berkerusi roda dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Jerman pada 2010, dan Nurulasyiqah Mohd Taha, satu-satunya wakil Singapura bagi acara boccia dalam Sukan Paralimpik London 2012 yang menyaksikan beliau layak ke peringkat suku akhir, menerima anugerah tersebut dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City itu.


Kededua mereka turut mencatat kejayaan dalam temasya para serantau dengan Nurulasyiqah memenangi dua pingat emas dalam Sukan Para Asean 2014 di Myanmar baru-baru ini,


Namun, penghargaan tertinggi dalam bentuk Anugerah Atlit Cemerlang diberikan kepada penunggang kuda Laurentia Tan, yang memenangi satu pingat perak dan satu gangsa bagi acara ekuestrian dalam Sukan Paralimpik 2012 dan perenang Yip Pin Xiu, yang meraih pingat emas dan perak dalam Sukan Paralimpik 2008.


Tujuh lagi atlit turut menerima anugerah merit yang kesemuanya disampaikan oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.


Ditemui dalam majlis itu, Muhammad Firdaus, 26 tahun, meluahkan rasa gembira dan bangga menerima anugerah tersebut.


"Kini tiba masa bagi kami atlit para yang kurang upaya mendapat pengiktirafan ini atas kerja keras dan sumbangan kami dalam acara sukan yang kami ceburi," kata beliau yang merupakan pemegang rekod acara 100m Sukan Para Asean yang dicatatkannya pada 2006.


Singapura bakal menjadi hos Sukan Para Asean buat julung-julung kali pada Disember depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >