SUKAN OLIMPIK ISTIMEWA 2015

Dua emas pertama bagi Team SG

ATLIT Team Singapore memenangi dua pingat emas pertama serta sebutir pingat gangsa di Sukan Olimpik Istimewa 2015 di Los Angeles, California semalam.

Danielle Moi, yang memenangi pingat gangsa acara 200 meter medley individu (IM) wanita kategori F03 kelmarin, meraih pingat emas acara 100 meter gaya bebas wanita. Pingat emas kedua dimenangi Bryan James Seow dalam acara 100 meter gaya bebas lelaki, menebus kekecewaannya selepas gagal meraih pingat dalam acara 200 meter IM.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto