Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua gol bawa Tampines jadi pendahulu kumpulan

Mar 11, 2020 | 07:35 PM



TAMPINES Rovers merampas kedudukan puncak Kumpulan H Piala AFC 2020 selepas menundukkan kelab Myanmar Shan United 2-1 kelmarin.





Persaingan terikat tanpa gol pada separuh pertama di Stadium Jurong West meskipun terdapat beberapa peluang jaringan.





Namun, perlawanan disemarakkan 10 minit selepas waktu rehat apabila Tampines membuka tirai jaringan mereka.





Senjata utama The Stags, Boris Kopitovic, yang tidak diawasi pemain Shan United, menanduk masuk bola hantaran cantik Irwan Shah, untuk membolosi gawang penjaga gol lawan, Thiha Sithu.



Pada minit ke-71, Kopitovic kemudian menembusi benteng pertahanan Shan United, dan memberi ‘assist’ kepada rakan penyerang Jordan Webb yang hanya perlu menyumbatkan jaringan mudah bagi gol kedua Tampines.





The Stags tampak dalam keadaan selesa tetapi kekurangan fokus menyebabkan Shan United pulang dengan gol saguhati di hujung perlawanan.





Hantaran cuai pemain midfield Huzaifah Aziz memberi pemilikan bola kepada Shan United.

Pemain bek kanan bawah 21 tahun, Hein Phyo Win, meledakkan gol kencang dari tepi untuk melepasi penjaga gol Tampines, Syazwan Buhari.





Meskipun pasukannya gagal mengelakkan pintu gol mereka daripada dibolosi sepanjang perlawanan, jurulatih Tampines Rovers, Gavin Lee tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipaparkan anak buahnya.





“Saya gembira dengan pasukan dan hanya boleh puji usaha mereka. Mereka tunjukkan kecekalan yang diperlukan untuk menang perlawanan ini. Ini sifat penting dalam pasukan kami,” katanya.



Selepas keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan H lain, antara Kaya FC Ilo-Ilo dan PSM Makassar, The Stags kini mendahului tangga kumpulan dengan dua mata dengan baki tiga perlawanan pusingan kumpulan.





Sementara itu, Hougang United mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam kejohanan itu setelah tewas 0-1 di tangan kelab Myanmar, Yangon United di Stadium Thuwunna kelmarin.



Keputusan itu bermakna The Cheetahs kekal di tangga ketiga Kumpulan F dengan tiga mata di belakang Ho Chi Minh City dan Yangon United yang masing-masing telah mengutip tujuh mata dari tiga perlawanan.  

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >