Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Dua jaringan menarik Republik Czech kaburi harapan Scotland

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Penantian lama Scotland untuk beraksi dalam kejohanan utama antarabangsa dikaburi dengan dua jaringan menarik Patrik Schick, yang menyaksikan Republik Czech menang 2-0 di Hampden Park dengan mendahului Kumpulan D.



Schick menanduk masuk gol pertama sebelum rehat, namun sepakan lambungnya berhampiran garisan tengah Scotland pada minit ke-52 akan diingati sebagai antara jaringan terhebat dalam sejarah Kejuaraan Eropah.



Schick menegaskan, jaringan itu bukanlah gol 'nasib' kerana beliau menyedari bahawa penjaga gawang Scotland, David Marshall, sering tiada di dalam gawangnya pada separuh masa pertama.



"Ya, saya nampak beliau (tidak berada di pintu gol). Saya tahu keadaan ini akan berlaku kerana beliau berada terlalu jauh dari garisannya. Apabila bola tiba, saya terus melihat di mana beliau berdiri.



"Beliau berada di luar kawasannya dan saya terus melakukan percubaan. Ia adalah jaringan yang menarik," kata Schick.



Jarak rasmi bagi jaringan berkenaan direkodkan pada 45.4 meter, sekali gus mencipta rekod sebagai jaringan paling jauh yang dilakukan dalam sejarah Kejuaraan Eropah.



Selepas menanti 23 tahun untuk layak ke kejohanan utama, harapan Scotland mahu melakar sejarah melayakkan diri ke peringkat kali mati buat kali pertama kini nampak semakin malap.



Skuad kendalian Steve Clarke itu bakal menentang England pada Jumaat ini di Wembley, sebelum menerima kunjungan finalis Piala Dunia, Croatia, pada 22 Jun.



Beraksi di depan penonton sendiri buat kali pertama sejak November 2019, Scotland bermula dengan gementar dan penjaga gol, David Marshall, yang menjadi wira ketika kemenangan sepakan penalti penentuan ke atas Israel dan Serbia pada pusingan kelayakan, diuji lebih awal.



Sementara itu, bintang Poland, Robert Lewandowski, akur bahawa pasukannya berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas tewas 1-2 di tangan Slovakia dalam saingan Kumpulan E.



Penyerang Bayern Munich itu dikawal ketat pemain pertahanan Slovakia yang dikemudi Milan Skriniar, yang turut menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan yang dimainkan di Saint Petersburg itu.



"Apa yang merugikan adalah kami gagal meraih sekurang-kurangnya keputusan seri," kata Lewandowksi kepada TVP.



"Kami tidak cukup baik di bahagian pertahanan untuk mencipta keadaan yang boleh membantu kami mendapatkan gol.



"Kesilapan sebegini tidak boleh dimaafkan dalam Kejuaraan Eropah."



Dalam perlawanan lain Kumpulan E, Sepanyol membuka kempen Kejuaraan Eropah kali ini dengan kekecewaan apabila diikat Sweden tanpa jaringan sekalipun menguasai hampir keseluruhan permainan.



Pasukan kendalian Luis Enrique itu menguasai sebahagian besar perlawanan yang menyaksikan Sweden hanya mampu bertahan, namun mereka gagal memanfaatkan siri serangan yang dilakukan untuk mendapatkan jaringan.



Peluang terbaik hadir menerusi Alvaro Morata selepas Marcus Danielson gagal mengeluarkan bola dengan baik, namun percubaan penyerang Juventus itu tersasar.



Kegagalan menyudahkan peluang terhidang seakan mengulangi kekecewaan yang diharungi Sepanyol pada Piala Dunia 2018 selepas mereka diikat Russia sebelum diheret ke sepakan penalti penentuan. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >