Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua lari 50 km sehari sepanjang 50 hari
Apr 17, 2015 | 5:30 AM
Dua lari 50 km sehari sepanjang 50 hari
DUA pelari ultramaraton setempat memulakan perlumbaan paling mencabar dalam hidup mereka semalam - 50 kilometer selama 50 hari berturut-turut.
Encik Yong Yuen Cheng, 43 tahun, seorang guru, dan Encik Lim Ngee Huat, penerbit media, 61 tahun, akan menguji kecergasan jasmani dan ketahanan tubuh mereka untuk melengkapkan cabaran itu bagi meraikan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50), selain memperingati kegigihan generasi perintis Singapura.